Friday, 13 January 2012

Tutorial melajukan Windows anda menggunakan Tune Up Utilities 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua. Hari ni aku nak post entry yang lain sikit dari biasa. Entry kali ni adalah macam mana nak bagi Windows kita laju. Ini ada tutorial yang akan menerangkan cara-cara untuk melajukan Windows. Aku harap tutorial ini dapat membantu kita semua.



Masalah utama Windows ialah bila digunakan dalam jangkamasa lama akan menjadi perlahan, dan punca utama adalah masalah registry corrupt, program error dan sebagainya. Tutorial ini akan mengajar anda cara melajukan Windows menggunakan perisian Tune Up Utilities 2012.


Pertama kali dilancarkan, Tune Up 1-Click Maintenance akan muncul dan scan komputer korang untuk error dan masalah lain yang menyebabkan komputer korang menjadi lembab dan berat. Selepas siap scan, sila tekan Run maintenance.



Pada bahagian PC optimization mode: Korang boleh set kepada Turbo atau Standard untuk melajukan proses Windows. Kalau korang mahu jimatkan penggunaan bateri sila set kepada Economy.



Masuk Tune Up System Control dan tekan bahagian Network, sila matikan fungsi "Search network for shared resources automatically”.


 
Masuk bahagian Memory and Cache, tekan pada Recommended dan biasanya Tune Up akan cadangkan pilihan Always keep in memory.


 
Korang juga boleh matikan fungsi Show low disk space warning.


Lain2 setting seperti disable error reporting, disable fungsi history pada Windows Media Player, atau disable Windows Update jika anda tidak guna langsung fungsi Windows Update.

Untuk melajukan startup, buka TuneUp Startup Manager dan delete program yang tidak perlu seperti Adobe PDF, Widget dan sebagainya yang boleh melembabkan komputer.

Sedikit tips; uninstall program atau games yang tidak perlu dan memberatkan komputer, jangan biar kapasiti hard disk penuh, jangan install sebarang toolbar atau program berbentuk malware dan adware dan paling penting…Jangan gunakan banyak jenis antivirus serentak dalam satu Windows, aku cadangkan antivirus Microsoft Security Essential supaya komputer lebih ringan, laju dan selamat.

-Is PoWeR-

Sumber: here 












No comments:

Post a Comment