Wednesday 4 January 2012

CERPEN : BILA CINTA BERTASBIH

"Aku terima nikahnya Nurasikin Narasidah binti Jamaludin dengan Mas kahwinya RM 80.00 , tunai" .
Dengan sekali lafaz sahaja, ikin kini menjadi suri yang sah kepada Azman. Ikin kehilangan kata-kata. hanya linangan air mata kesyukuran menghiasi dua mata bundarnya. Ya Allah Syukur. Bagi Azman, menikahi Ikin adalah perkara yang memang telah ditunggu sekian lama. Perkenalan dari zaman universiti akhirnya berakhir dijinjang pelamin. Ucapan tahniah berselang seli antara saudara-mara dan sahabat handai. dua mempelai saling berbalas senyuman kepada tetamu yang hadir.

Perlahan ibu Ikin, Mak Munah menghampiri Ikin. digenggam tangan ikin. terasa kasih sayang ibu menyerap di sebalik genggamannya itu. memeluk ibunya dan membalas dengan ciuman di pipi. Bagi Mak Munah, kegembiraan anaknya adalah kegembiraan dirinya juga. Pertama kali bertemu dengan Azman waktu majlis konvokesyen dua tahun dulu, Mak Munah sudah yakin Azman bakal menjadi suami yang baik kepada Ikin dan menjadi pemimpin kepada anak gadisnya untuk menuju keredhaan ilahi.

"Sekarang Ikin dah jadi suami orang, kena hormat suami dan jaga harta suami. ingat pesan ibu, tiada tempat yang paling baik bagi seorang isteri melainkan disisi suaminya" Mak Munah memberi nasihat pada Ikin.
" Ikin faham mak, terima kasih mak kerana melahir dan membesarkan ikin dan adik-adik selama ini." sekali lagi ikin mengalirkan air mata. Dia mengenangkan perit jerih ibunya membesarkan dia dan adik-adik setelah kematian ayahnya. Selama itu mak menjadi ibu dab ayah buat mereka 6 beradik. Ikin masih teringat pernah suatu ketika mereka kehabisan beras. mak berusaha meminjam beras dua cawan dari jiran. dengan beras dua cawan itu hanya ckup untuk mereka enam beradik. Ikin tahu waktu itu Maknya tidak makan. tapi mak tipu cakap mak sudah kenyang.

"Ikin janji akan jaga mak selama-lamanya mak" . Mak Munah sangat bersyukur. penat lelahnya kini membuahkan hasil. Ikin kini menjawat jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta.dan kini Ikin juga sudah menjadi isteri orang. Mak Munah bersyukur kerana berjaya menjaga Amanah Allah sebagai seorang ibu yang ditugas untuk melahir dan menyayangi anak-anakya.

Petang itu pengantin lelaki dan keluarganya akan pulang dahulu ke resort penginapan mereka. dan akan datang semula esok untuk majlis walimah. Mak Lang adik kepada Mak Munah begitu sibuk menyiapkan bekalan makanan untuk dibekalkan kepada keluarga pengantin lelaki. begitulah adatnya.

Azman masuk ke bilik dimana ikin berada. dia ingin berjumap dengan isterinya itu sebelum berangkat pulang bersama rombonganya ke resort. saudara mara yang sedari tadi menemani Ikin keluar dari bilik bagi memberi ruang pasangan pengantin baru itu berdua-duaan. Ikin bersalaman dengan Azman dan azman membalas dengan satu ciuman di dahi. ikin terasa hangat di muka. pipinya merona kemerahan. dia masih segan diperlakukan demikian walaupun sudah bergelar suami isteri.

"Sayang" suara serak basah Azman memanggil Ikin. inilah pertama kali panggilan itu keluar dari mulut Azman. Ya Azman pernah berjanji dengan Ikin sepanjang perkenalan mereka yang dia akan hanya memanggil Ikin dengan panggilan Sayang setelah mereka ssah bergelar suami isteri. dan hari ini Azman menunaikan janjinya.

"Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi suri hidup abang. Syukur sangat-sangat. tiada apa yang abang dapat katakan sekarang melainkan abang berharap kita akan kekal bahagia hingga akhir hayat. dan abang janji akan bahagiakan sayang sehingga hujung nyawa. Cinta abang pada sayang umpama seutas tasbih yang ada mulanya tapi tiada penghujungnya. yang diratib demi redhaNya " . itulah kata-kata keramat dari seorang suami buat isterinya. Ikin akan menyemat kata-kata keramat itu dihatinya buat selama-lamanya

setelah bersembang seketika, akhirnya Azman dan rombongan bergerak pulang ke resort. waktu itu sekitar jam 6 petang. Azhari adik Azman yang menjadi pengapit bertindak sebagai pemandu. perlahan-lahan Honda Civic yang dinaiki Azman serta kereta-kereta rombongan meninggalkan perkarangan rumah pengantin perempuan. Resort yang mereka menginap terletak lebih kurang 20 minit perjalanan.

********

Hand phone Ikin berdering. terterana nombor yang tidak dikenali. Wajah Ikin sedikit berkerut mendengar butiran kata lelaki yang tidak dikenalinya itu. wajahnya bertukar pucat. tangannya menggigil dan hampir sahaja talifon itu terlepas dari genggamanya. menyedari keadaan kakaknya, Azira dengan pantas menghampiri kakaknya Ikin. Dia mencapai talipon di genggaman ikin dan bercakap dengan lelaki tadi. wajahnya juga serius. tiba-tiba..........

Apakah yang terjadi seterusnya. nantikan sambunganya di Infinite Adventure......


Dari Meja Editor...














13 comments:

  1. lor bersiri ker ceritanya

    ReplyDelete
  2. kanapa mesti cerita sedih

    ReplyDelete
  3. erkk...erk...ader kaitan ek ngan infinite..? babak mana??

    ReplyDelete
  4. Sudah ku agak...hampes..ikin narasidah..ekeke

    ReplyDelete
  5. jeng3.... siapakah ikin narasidah...kikiki

    ReplyDelete
  6. Ikin Narasidah adalah sepupu kepada Farah Irdina. Ingin tahu siapa Farah Irdina nantikan episode seterusnya..Hanya di infinite-adv.blogspot.com..hehe

    ReplyDelete
  7. haha...lawok..tahap maksima...
    Tungguuu...

    ReplyDelete
  8. kerol ko kenal ker ikin narasidah????

    ReplyDelete
  9. siapakah ikin narasidah & farah irdina tu.....x sabar2 nk tnggu smbungan citer nie...touching sgt2....En. Kerol ko kenal ke sape ikin narasidah tu hehehehhe :p

    ReplyDelete
  10. Sy xknale pula...kene tnya penulis yang bagai mengarap crita silam..mungkinn...jee..

    ReplyDelete
  11. hahahah... aku x ksh sapekah ikin.... hatta farah.... yg aku taw.... aku x terlibat langsung dlm filem tamil niehhh... hahahaha

    ReplyDelete
  12. Bila mau sambung ini cerpen..xsabar rasa dihati..

    ReplyDelete
  13. mlm kang la nk baca..sblm tdo.., tambah la watak macho leh wat teman MIMPI lorr..

    ReplyDelete