Thursday 3 January 2013

GRAND FINAL INFINITE BOWLING





Debaran semakin terasa dalam penentuan Sang Juara kepada Juara. pertemuan dari jaguh empat penjuru dunia pasti memberi saingan terhebat. Jangan lepaskan peluang ayuh serati bersama pertandingan akhir ini.

Tarikh : 19 Januari 2013

Lokasi : Space U8, Shah Alam.

Masa   : 8.30 Malam



Sunday 17 June 2012

INFINITE BOWL KASI GEGAR

GEMPAR, memang mengemparkan. Infinite Bowling Kasi Gegar untuk pusingan ke tiga ini telah di landa dengan ribut kontroversi dan gossip hangat di antara pemainya. 16 June 2012 tarikh yang telah dipilih dengan suara majoriti dan menyaksikan The Mines sebagai gelanggang pertaruhan. Tahniah kepada semua warga infinite kerana hadir pada hari tersebut.

dalam keseronokan tersebut kelibat Kerol dan Is tidak kelihatan. apakah yang terjadi kepada mereka sebenarnya. ada khabar angin mengatakan Kerol dan Is bakal meninggalkan terus arena bowling infinite. Menurut sumber-sumber yang YDP dapat dikatakan Kerol tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kerana tidak menyambung kontrak sebagai maskot infinite adventure.  Malah kerol juga telah membuat kenyataan terbuka di depan wartawan-wartawan dia membuat bantahan dan mengatakan pihak pengurusan berat sebelah. apakah sebenarnya yang terjadi??? kita nantikan jawapan balas dari wakil pengurusan Infinite Adventure dalam Melodi.

Seorang lagi bintang yang turut di katakan merajuk dan akan meninggalkan arena bowling ialah En. Is. Wahh ini memang sesuatu yang sangat mengemparkan kita. En. Is di khabarkan telah tewas teruk dengan YDP di salah satu perlawanan empat penjuru dan akibat kekalahan tersebut En. Is telah kehilangan wang pertaruhan dan negeri. Berikutan itu En. Is merasakan diri beliau tidak lagi layak terlibat dalam arena bowling. Tapi benarkah ini yang berlaku? atau ini hanya provokasi yang di lancarkan pihak YDP sebagai kempen pilihanraya beliau. setakat ini hanya pihak YDP yang membuat kenyataan. kita mengharapkan En. Is tampil dan memberi penjelasan tepat terhadap kabar angin yang melanda ini.

Kemunculan wajah baru dalam Infinite Bowl Kasi Gegar memberi pemandangan berbeza apabila juara bertahan Shah dan Nazry hampir-hampir berputus asa. dua nama kelihatan begitu dominan pada malam tersebut iaitu iaitu tuan YDP yang teramat kita kasihi. Kemunculan Joey yang hampir menjuarai semua pusingan telah memberi impak dan tekanan mendalam kepada Shah. Kalah di gelanggang sendiri merupakan mimpi ngeri buat Shah. Adakah Shah bakal mengambil tindakan yang sama seperti Is iaitu menjual bola keramatnya dan akhirnya meninggalkan arena bowling.

Namun yang paling menggemparkan pada malam tersebut ialah apabila buat julung kali Emma mendapat 149 jatuhan pin dengan menewaskan pencabar-pencabar lain di set yang ke dua. adakah iini menunjukan kebangkitan rakyat yang bakal menjatuhkan kepimpinan YDP. Emma di khabarkan menerima pengaruh dari timur tengah dan membawa aura "Arab Spring" ke dalam infinite adventure.

Mila terpaksa menyerahkan kedudukan selesa sebagai juara longkang apabila kedudukan itu di rampas dan di ragut dengan sadis oleh Izan. mempukah mereka bertahan? jeng jeng jeng


berikut adalah keputusan penuh bgi pperlawanan bowling semlam:


Name 1st 2nd  3rd Total
Abg Zul 111 127 114 352
Lin 80 97 72 249
Peda 71 109 88 268
Emma 87 149 100 336
Ana 52 116 64 232
Ron 97 129 109 135 373
Joey 143 146 124 413
nazry 116 105 175 396
mila 62 71 93 226
shah 96 129 125 350
imah 85 73 114 272
Izan 71 63 75 209
Mashi 123 89 133 345
Paan 93 109 120 322


Tahniah kepada semua. jangan putus asa dan teruskan berjuang. untuk berikutnya akan diadakan selepas raya dan Mashi adalah tuan rumah kepada putrajaya.







Sunday 27 May 2012

INFINITE SUPER BOWLING PUSINGAN KE TIGA

Perhatian Kepada Semua Infinite member, Pusingan Bowling Piala Tuan Mayor bagi Pusingan Ke 3 akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Tarikh : 16 June 2012

Waktu : 8.30 malam

Lokasi : The Mines - Sri Kembangan

Bayaran : RM 25

Saturday 21 April 2012

KUCING

Ramai antara kita mempunyai haiwan peliharaan sebagai teman. dari haiwan-haiwan dimestik seperti arnab dan kucing sehinggalah kepada haiwan exotic seperti ular, labah-labah dan sebagainya. setiap orang yang memelihara binatang mempunyai reason tersendiri dalam pemilihan binatang mereka. ada yang sekadar hobi dan ada juga yang making business dengan haiwan-haiwan tersebut. walau ape pon alasanya pemilik binatang mestilah bertanggungjawab menjaga haiwan mereka.

kucing merupakan haiwan paling popular yang dijadikan haiwan peliharaan. mungin kerana karakter kucing yang nampak comel dan mesra serta lincah menjadi tarikan kepada haiwan ini. terdapat pelbagai jenis kucing.  kucing yang paling digemari ialah dari jenis parsi.

sekiranya anda memilih untuk memelihara kucing, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan seperti:-

  1. Anda mempunyai sangkar / rumah yang sesuai untuk kucing anda.
  2. keluarga anda atau seisi rumah anda telah bersetuju untuk anda memelihara kucing.
  3. pilih kucing yang sesuai dengan minat anda
  4. sediakan kelengkapan seperti litter box, scoap, bekas makanan dan minuman, dan sebagainya.
  5. kucing anda hendaklah di vaksin untuk memastikan kesihatan mereka.
  6. untuk pertama kali membawa kucing baru ke rumah, pastikan kucing tersebut dikurung terlebih dahuu untuk seminggu bagi membiasakan kucing anda dan mengelakan mereka stress.
  7.  Kucing adalah haiwan yang suka bermain, jadi pastikan anda mempunyai masa untuk bermain dengan mereka.

 Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan. sekadar senaraikan beberapa darinya. di bawah admin tunjukan beberapa photo kucing yang jadi peliharaan admin.



                                                                Nama : Spark
                                                                Umur   : 6 bulan
                                                                D.O.B : 5 October 2011

Ini Spark. jenis Domestic Long Hair. Sangat aktif tapi pemalu. kalau ada orang yang tak dikenali Spark mesti menyorok. tapi manja la juga. Spark ni musuh ketat kepada Owen. kelmarin gigt telinga owen sampai berdarah. hurmmm. pening kepala den memikir budak dua ekor nih



                                                                  Nama : Owen
                                                                   Umur : 8 bulan