Sunday 17 June 2012

INFINITE BOWL KASI GEGAR

GEMPAR, memang mengemparkan. Infinite Bowling Kasi Gegar untuk pusingan ke tiga ini telah di landa dengan ribut kontroversi dan gossip hangat di antara pemainya. 16 June 2012 tarikh yang telah dipilih dengan suara majoriti dan menyaksikan The Mines sebagai gelanggang pertaruhan. Tahniah kepada semua warga infinite kerana hadir pada hari tersebut.

dalam keseronokan tersebut kelibat Kerol dan Is tidak kelihatan. apakah yang terjadi kepada mereka sebenarnya. ada khabar angin mengatakan Kerol dan Is bakal meninggalkan terus arena bowling infinite. Menurut sumber-sumber yang YDP dapat dikatakan Kerol tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kerana tidak menyambung kontrak sebagai maskot infinite adventure.  Malah kerol juga telah membuat kenyataan terbuka di depan wartawan-wartawan dia membuat bantahan dan mengatakan pihak pengurusan berat sebelah. apakah sebenarnya yang terjadi??? kita nantikan jawapan balas dari wakil pengurusan Infinite Adventure dalam Melodi.

Seorang lagi bintang yang turut di katakan merajuk dan akan meninggalkan arena bowling ialah En. Is. Wahh ini memang sesuatu yang sangat mengemparkan kita. En. Is di khabarkan telah tewas teruk dengan YDP di salah satu perlawanan empat penjuru dan akibat kekalahan tersebut En. Is telah kehilangan wang pertaruhan dan negeri. Berikutan itu En. Is merasakan diri beliau tidak lagi layak terlibat dalam arena bowling. Tapi benarkah ini yang berlaku? atau ini hanya provokasi yang di lancarkan pihak YDP sebagai kempen pilihanraya beliau. setakat ini hanya pihak YDP yang membuat kenyataan. kita mengharapkan En. Is tampil dan memberi penjelasan tepat terhadap kabar angin yang melanda ini.

Kemunculan wajah baru dalam Infinite Bowl Kasi Gegar memberi pemandangan berbeza apabila juara bertahan Shah dan Nazry hampir-hampir berputus asa. dua nama kelihatan begitu dominan pada malam tersebut iaitu iaitu tuan YDP yang teramat kita kasihi. Kemunculan Joey yang hampir menjuarai semua pusingan telah memberi impak dan tekanan mendalam kepada Shah. Kalah di gelanggang sendiri merupakan mimpi ngeri buat Shah. Adakah Shah bakal mengambil tindakan yang sama seperti Is iaitu menjual bola keramatnya dan akhirnya meninggalkan arena bowling.

Namun yang paling menggemparkan pada malam tersebut ialah apabila buat julung kali Emma mendapat 149 jatuhan pin dengan menewaskan pencabar-pencabar lain di set yang ke dua. adakah iini menunjukan kebangkitan rakyat yang bakal menjatuhkan kepimpinan YDP. Emma di khabarkan menerima pengaruh dari timur tengah dan membawa aura "Arab Spring" ke dalam infinite adventure.

Mila terpaksa menyerahkan kedudukan selesa sebagai juara longkang apabila kedudukan itu di rampas dan di ragut dengan sadis oleh Izan. mempukah mereka bertahan? jeng jeng jeng


berikut adalah keputusan penuh bgi pperlawanan bowling semlam:


Name 1st 2nd  3rd Total
Abg Zul 111 127 114 352
Lin 80 97 72 249
Peda 71 109 88 268
Emma 87 149 100 336
Ana 52 116 64 232
Ron 97 129 109 135 373
Joey 143 146 124 413
nazry 116 105 175 396
mila 62 71 93 226
shah 96 129 125 350
imah 85 73 114 272
Izan 71 63 75 209
Mashi 123 89 133 345
Paan 93 109 120 322


Tahniah kepada semua. jangan putus asa dan teruskan berjuang. untuk berikutnya akan diadakan selepas raya dan Mashi adalah tuan rumah kepada putrajaya.







Sunday 27 May 2012

INFINITE SUPER BOWLING PUSINGAN KE TIGA

Perhatian Kepada Semua Infinite member, Pusingan Bowling Piala Tuan Mayor bagi Pusingan Ke 3 akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Tarikh : 16 June 2012

Waktu : 8.30 malam

Lokasi : The Mines - Sri Kembangan

Bayaran : RM 25

Saturday 21 April 2012

KUCING

Ramai antara kita mempunyai haiwan peliharaan sebagai teman. dari haiwan-haiwan dimestik seperti arnab dan kucing sehinggalah kepada haiwan exotic seperti ular, labah-labah dan sebagainya. setiap orang yang memelihara binatang mempunyai reason tersendiri dalam pemilihan binatang mereka. ada yang sekadar hobi dan ada juga yang making business dengan haiwan-haiwan tersebut. walau ape pon alasanya pemilik binatang mestilah bertanggungjawab menjaga haiwan mereka.

kucing merupakan haiwan paling popular yang dijadikan haiwan peliharaan. mungin kerana karakter kucing yang nampak comel dan mesra serta lincah menjadi tarikan kepada haiwan ini. terdapat pelbagai jenis kucing.  kucing yang paling digemari ialah dari jenis parsi.

sekiranya anda memilih untuk memelihara kucing, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan seperti:-

  1. Anda mempunyai sangkar / rumah yang sesuai untuk kucing anda.
  2. keluarga anda atau seisi rumah anda telah bersetuju untuk anda memelihara kucing.
  3. pilih kucing yang sesuai dengan minat anda
  4. sediakan kelengkapan seperti litter box, scoap, bekas makanan dan minuman, dan sebagainya.
  5. kucing anda hendaklah di vaksin untuk memastikan kesihatan mereka.
  6. untuk pertama kali membawa kucing baru ke rumah, pastikan kucing tersebut dikurung terlebih dahuu untuk seminggu bagi membiasakan kucing anda dan mengelakan mereka stress.
  7.  Kucing adalah haiwan yang suka bermain, jadi pastikan anda mempunyai masa untuk bermain dengan mereka.

 Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan. sekadar senaraikan beberapa darinya. di bawah admin tunjukan beberapa photo kucing yang jadi peliharaan admin.



                                                                Nama : Spark
                                                                Umur   : 6 bulan
                                                                D.O.B : 5 October 2011

Ini Spark. jenis Domestic Long Hair. Sangat aktif tapi pemalu. kalau ada orang yang tak dikenali Spark mesti menyorok. tapi manja la juga. Spark ni musuh ketat kepada Owen. kelmarin gigt telinga owen sampai berdarah. hurmmm. pening kepala den memikir budak dua ekor nih



                                                                  Nama : Owen
                                                                   Umur : 8 bulan










Tuesday 17 April 2012

GUNUNG ANGSI

Nama Gunung Angsi mungkin bukan sesuatu yang asing pada mereka yang sememangnya gemar mencabar diri mereka dengan menerjah ketingian gunung ganang. sememangya aktiviti mendaki akan memberikan seribu satu kenangan pada mereka yang menggemarinya. ketahanan fizikal dan mental pasti teruji sepanjang aktiviti ini. malah adakalanya nyawa menjadi taruhanya.

Bagi Infinite Adventure, aktiviti mendaki semamangnya bukanlah perkara asing. malah sudah beberapa puncak tanah tinggi telah berjaya dijinakan dan ditawan. kali ini giliran Gunung Angsi akan di tawan. InsyaAllah...
21hb April 2012 kontigen Infinite Adventure akan mencuba nasib mendaki gunung ini.

diharap semua peserta yang bakal menyertai aktiviti ini telah bersedia fizikal dan mental. walaupun keseronokan yang kita cari tetapi jangan sesekali keselamatn kita abaikan.


INFINITE BOWLING KASI GEGAR




Infinite : 14 April 2012, Pusingan kedua bowling Infinite telah dengan jayanya dilaksanakan oleh tuan rumah Mr. Kerol. Mcm biasa peringkat awal menyaksikan kekangan untuk mendapatkan lokasi atau gelanggang menjadi isu hangat dalam seminggu sebelum tarikh perlawanan. walaubagaimana pon semua rintangan diatasi dengan baik hasil kebiksanaan dan bijak kesinian tahap cipan petala tujuh.

seawal 8.30 malam meja pendaftaran dibuka lantas diserbu oleh peserta2 sambil menarik-narik rambut malah ade yang membuat fire ala otomen Taro. tidak kurang yang cuba berpura-pura menjadi BobOBoi dengan kuasa petir. semuanya semata-mata ingin menjadi pendaftar pertama.

seramai 24 peserta dengan jurus pelbagai hadir bagi menentukan juara longkang terabak infinite. ada pelbagai aksi sehingga ada yang menggunakan teknik lipat gunting di gelanggang bowling. tidak kurang bagi mereka yang menggunakan jurus keseimbangan perut. ya semuanya hanya semata-mata bagi merebut piala Yam Tuan Mayor Okage ketama eh pertama.


berikut adalah keputusan bagi perlawanan malam tersebut:



Nama Jatuhan Pin
Syady       339
Sarah       238
Kerol       318
Aishah       185
Nazry       402
Shah        380
Peda        297
Abg Zul       332
Mila               145
Imah               189
Ana               227
Nabilah       152
Zuraini       151
Fariza       253
Kamil       321
Burn               176
Ron 97       335
Is               320
Mashi       280
Paan         356
Nina               209
Alif               395
Emmy       157
Aidil               413

Monday 20 February 2012

Keputusan


Salam to allz,

Trimas kepada yang menghadirkan diri ke tournament semalam yang diadakan di summit USJ. Walaupun peringkat awalnya menyaksikan sesikit kekalutan di peringkat tuan rumah dalam penentuan venue perlawanan. Alhamdulillah seramai 18 peserta telah berentap mempamerkan bakat golek masing-masing tidak kurang juga beberapa peserta bongkak (Is bukan nama sebenar) yang cuba memancing kemarahan YDP. Hhehehe. Pertandingan semalam melakarkan Lutfi sebagai juara pusingan pertama dengan disaingi oleh Shah yang menggunakan teknik putar alamnya. Nazri yang hampir-hampir memecahkan papan lane menduduki tempat ke tiga saingan. Tahniah kepada anda semua.

Friday 27 January 2012

Gunung Nuang Update

Debaran cabaran Nuang semakin menghampiri. seperti yang telah di umumkan dulu tarikh cabaran Nuang ialah pada 11&12 February 2012.

disini ada sedikit rombakan waktu perjalanan yang terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

11 February 2012
  •     2.30 Petang - Peserta dari Klang, Shah Alam dan Puchong berkumpul di depan Singgahsana Ayahnda Amir.
               - Peserta dari putrajaya,kajang,Bangi serta kawasan sewaktu denganya boleh tentukan tempat berkumpul yang mudah bagi anda.

  •     2.45 Petang -  peserta mulakan perjalanan.
  •      3.30 petang - Berkumpul di parkir kaki gunung Nuang.
               - Pendaftaran dan taklimat ringkas.
  •      4.15 petang - pendakian bermula.
  •     6.30 petang - penempatan Kem Lolo (bergurau senda dan bertepuk tampar sambil menganjin)
12 February 2012

    Seawal pagi mungkin (Dijangka jam 3.00 Pagi) pendakian sebenar bermula.
  •     6.30 petang - dijangka semua selamat sampai di kem lolo
  •     8.30 malam - sampai di parkir
Mana-mana yang berminat menyertai aktiviti ini sila buat pengesahan kehadiran anda sebelum 

31 January 2011 untuk pengaturan logistic.

sebarang maklumat lanjut akan dilanjutkan kemudian.


sekian.....

SENYUM


Makcik Iklan “Tiada Lagi Penyesalan”


Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit.

Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, penulis mendengar lagu Senyum di putarkan oleh juruhebah melalui corong radio keretanya. Ceh ayat macam buat karangan zaman sekolah rendah. Terima Kasih kepada cikgu Hasmawati kerana banyak ajar buat karangan masa UPSAR dulu. Tanpa cikgu siapalah saya. Ececece.
Well kadang-kadang mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dulu boleh buat kita tersenyum sorang-sorang. Sampai awek kereta sebelah pun pelik tengok kita tersengih-sengih. Mesti dia kata, muka hensem tapi tak berapa sihat sebab senyum sorang-sorang. Awek tu ingat aku tak perasan la tu dia duk perhati kat aku. Abaikan semua tu yang penting awek tu cun hahaha.



Adakah ini awek tadi ????????
Senyum sememangnya mempunyai aura tersendiri. Dalam psikologi senyum dikatakan boleh mengatasi masalah stress. Menurut kajian, bila seseorang senyum, otak akan merembes sejenis enzim yang menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan tenang dan mendamaikan.
Bahkan dalam Islam sendiri senyum digalakan oleh Rasulullah, sehingga baginda bersabda « sesungguhnya senyum itu sedekah » . jika anda telitikan setiap kali kita melemparkan senyuman ikhlas kepada seseorang walaupun mereka yang tidak dikenali secara automatiknya orang itu juga akan tersenyum. Sesuai seperti lirik diatas semua orang berjangkit. Begitulah powernya senyum.
Jika tak percaya cuba lihat gambar dibawah.


Senyum yang Ikhlas dari hati.

Haaa, kan anda dah tersenyum melihat senyuman makcik ni. Hehehe. Sekarang anda percaya?!!!!!!
 Sentiasalah jadikan senyum sebagai amalan anda. Senyum juga berupaya menjadikan anda menjadi awet muda. Dan kalau berterusan senyum enzim awet muda boleh membuat wajah anda semuda ini.

Thursday 26 January 2012

BILA CINTA BERTASBIH (III)

Hari ke dua semua peserta diminta bangun awal pagi. Untuk mandi pagi-pagi ni memang menyeksakan. Sejuknya bukan main lagi. Menggigit kulit sampai ke tulang. Usai solat subuh semua peserta diminta berada dalam kumpulan masing-masing dalam barisan. Selaku penolong ketua kumpulan Ikin perlu berdiri di belakang Azman. Hatinya mengomel sendirian tanda protes.

Pegawi fasilitator yang terdiri dari exco Majlis Perwakilan Pelajar menyusun pelbagai aktiviti menarik. Termasuk dalam agenda pada hari itu ialah snorkeling. Ikin sedikit teruja untuk melakukan aktivitiini. Ini ialah julung-julung kali Ikin akan melakukannya. Namun dihatinya tetap terdapat sedikit kegusaran. Ikin tidak pandai berenang.

Faisal atau lebih suka dipanggil abang faisal ialah fasilitator yang bertanggujawab menjaga kumpulan Ikin dan rakan-rakanya. Abang Faisal ialah pelajar Tahun lima. Ringkas ceritanya cukup pakej dan memang diminati ramai. Tapi satu keanehanya abang Faisal seolah-olah memberi perhatian lebih kepada Ikin. Kalau tak kerana dua sahabatnya yang beritahu Ikin sendiri pun tidak perasan. Bagi Ikin itu hanyalah salaha anggapan. Ikin tidak merasakan sesuatu yang ganjil pun.

Semua peserta diberi taklimat ringkas mengenai keselamatan semasa aktiviti snorkeling. Satu persatu peserta mula turun ke laut untuk melihat keindahan alam laut ciptaan Allah. Ikin masih takut-takut untuk turun. Hatinya memberontak antara keinginan dan ketakutan.

” Kalau takut kau tunggu jer tangga bot ni” ejekan dari Azman terasa panas di telinga Ikin. Tapi Ikin harus bersabar.

Ikin turun perlahan. Mulanya rasa seperti tiada masalah. Tiba-tiba pin jaket keselamatan Ikin terbuka. Dan jaket itu hampir terlucut dari badanya. Ikin terkapai-kapai. Melihat keadaan Ikin seperti itu, dengan pantas Abang Faisal menghampiri Ikin dan membantu Ikin. Dia bawa Ikin rapat semula ke arah bot dan memegang tali yang tergantung di badan bot.

Ikin hampir sahaja lemas. Dia rasa begitu takut dan hampir menangis. Abang Faisal menenangkan Ikin dan memberi semangat. Bagi Abang Faisal dia mahu Ikin dapat merasai pengalaman snorkeling seperti rakan-rakan lain. Abang Faisal mengajar Ikin bagaimana untuk snorkeling dengan baik. Tanpa disedari ada hati yang sakit melihat mereka berdua.




Malam itu setiap kumpulan akan membuat persembahan. Kumpulan Ikin dan Azman memilih untuk membuat persembahan dikir barat. Nasib baik ada Fahmi yang berasal dari kelantan yang fasih berdikir barat. Setiap peserta seronok melihat persembahan berkumpulan itu.

Abang Faisal menghampiri Ikin. Ditanganya ada dua cawan kertas berisi air oren. Azman yang memerhati dari satu sudut terasa cemburu. Entah kenapa dia akan mudah sakit hati bila Abang Faisal menghampiri Ikin. Perasaan ini tidak akan muncul bila Abang Faisal menghampiri pelajar lain. Jatuh cintakah dia pada Ikin. Tapi bukankah Ikin ini seorang yang tidak disukainya.

Azman bangkit dan berlalu dari kumpulan. Dia cuba tenangkan hatinya. Bila teringatkan peristiwa semasa snorkeling dan kejadian tadi, hati lelakinya menjerit. Kepalanya serabut. Dia sendiri keliru dengan apa yang terjadi. Kenapa dia akan rasa cemburu bila Ikin didekati abang Faizal. Ah! Persetanlah dengan perasaan ini, getus hati Azman.

Semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing. Sang matahari masih segan-segan memancarkan sinarnya. Angin berpuput sejuk. Semalam hujan turun membasahi Pulau Perhentian. Rata-rata peserta Minggu Haluan Pelajar masih mengerengkot dalam selimut masing-masing. Sejuk.

Ikin berjalan perlahan-lahan menyusuri pantai.Dia bersendirian. Hari ini hari terakhir dia dan pelajar lain akan berada dipulau ini. Sesekali dia tertunduk-tunduk melihat kerangan yang bertebaran di pantai yang putih bersih itu. Gamat-gamat hitam tergolek-goleh diterjah ombak pantai. Ikin berhati-hati agar tidak terpijak gamat. Geli geleman dia bila melihat gamat itu.

Jauh berjalan baru Ikin sedar yang dia telah jauh meninggalkan kawasan chelet. Ikin kini berada dikawasan yang agak sunyi dan tiada sesiapa disitu. Ikin berniat berpetah balik. Beberapa langkah , tiba-tiba..kakinya terpijak sesuatu. Ya Allah, darah merah pekat memancut keluar dengan deras dari tapak kakinya. Kaki ikin terpijak kaca botol yang tertimbus di dalam pasir. Lukanya agak dalam dan besar.

Perit luka dikaki bukan main lagi. Ikin mengerutkan dahi.Dia hampir pitam melihat darah yang banyak keluar dari kaki. Untuk berjalan ke chelet yang terletak lebih kurang 700 meter itu terasa begitu sukar. Ya Allah pedihnya. Sedikit air mata keluar dari dua kelopak mata Ikin.
Dari kejauhan Azman melihat kelibat Ikin yang terduduk dan sesekali memegang tapak kakinya. Raut wajah gadis itu menunjukan dia dalam kesusahan. Azman berjalan pantas menghampiri Ikin. ” ni kenapa pulak dengan kaki awak ni, sampai berdarah macam ni?”  Dia pantas mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk membalut luka itu bagi mengurangkan pendarahan. Matanya liar melihat sekeliling kalau-kalau ada kain disitu. Malangnya tiada.

Tanpa berlengah Azman menanggalkan T-Shirt yang dipakainya untuk dijadikan balutan dikaki Ikin. Azman cuba memapah Ikin untuk bangun tapi ditepis Ikin. ”Dah tempang macam ni pun masih nak berlagak lagi,” ujar Azman pada Ikin yang dirasakan bersikap kebudak-budakan. ”Tak mengapa, saya boleh bangun sendiri”. Yang sebetulnya Ikin terasa gugup bila Azman menyentuh kakinya tadi. Belum pernah ada lelaki bukan muhrim yang menyentuh kulitnya begitu. Tapi apakan daya keadaan memaksa.

”Saya ni Ikhlas nak tolong bukan nak menggoda, bukan macam senior awak yang awak sayang sangat tuh” entah kenapa isu senior tiba-tiba dibangkitkan Azman. Ada nada tidak puas hati dalam ayat itu. Dengan payah Ikin cuba bangun. Hampir sahaja dia jatuh ketika cuba bergerak. Dengan spontan, tangan Ikin mencapai bahu Azman untuk bertahan. Menyedari tanganya menyentuh badan Azman yang tidak berbaju itu pantas sahaja Ikin mengalihkan tangannya. Raut wajahnya ada penyesalan kerana hampir terjatuh tadi.

Azman juga terkedu dengan insiden tadi. Semuanya berlaku terlalu pantas.

Bersambung..............

DOUBLE PROSPERITIES

Hampir seminggu Infinite Blog sepi tanpa entry-entry baru. Well cuti panjang Tahun Baru Cina. Wartawan-wartawan Infinite Adventure termasuklah ketua editornya pun masih dalam mood cuti. One thing yang aku cukup suka dengan Malaysia, cuti Am yang banyak. Kepada member-member Infinite Adventure kami mengucapkan “Gong Xi Fa Chai”. Maybe semua orang sedar tahun baru kali ini ialah tahun Naga air.


Masyarakat cina percaya tahun Naga air akan memberi unsure-unsur positif yang tinggi. Tapi dalam elemen Feng Shui mereka mengatakan pada tahun ini juga kan banyak berlaku pergeseran energi. Kira yin & Yang lar senang critanya. Bagi kita yang berakidah Islamiah adalah berdosa bagi kita dengan mengaitkan kehidupan kita dengan benda-benda macam ni. Tapi ianya bergantung kepada sejauh mana iktikad anda kepada perkara berikut, maknanya kalau dah sampai percaya betol-betol itu dah membawa kepada rosak atau terbatalnya iman.



Apa yang perlu kita yakini ialah setiap yang berlaku samada kebaikan mahupun mudarat adalah berlaku dengan izin Allah jua. Sesungguhnya manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah jualah sebaik-baik perancangan. Walau macam mana pun aku berharap Infinite Adventure mampu mengorak langkah lebih cemerlang pada tahun ini dan hari-hari mendatang dan mencapai matlamatnya.



Untuk permulaan setelah bercuti panjang ni just nak ingatkan member-member tentang aktiviti kita. Pada Februari 2012 kita ada dua aktiviti penting Ekspidisi Nuang pada 11&12 manakala bowling tournament pada 19 February. Di harap semua Infinite Adventure dapat meluangkan masa masing-masing bagi menjayakan aktiviti ini.



Sekian dulu.


Friday 20 January 2012

SPACE U8


semalam tiada entry dari saya kerana terpaksa bercuti sakit disebabkan oleh demam selsema yang agak kronik. Dihabiskan masa dengan tidur jer semalam. Walaupun hari ini masih lagi tintong tapi demi anda saya gagahkan juga membuat entry yang semestinya hanya yang terbaik untuk anda.

Melihat pada tajuk hari ini. “Space U8” mesti ramai tertanya-tanya pakah gerangan kejadahnya benda itu. Nama kapal angkasa ker? Or nama arnab ker? Or satu lagi nama kumpulan korea baru??? Semua persoalan itu salah.

Space U8 ialah satu shoping complex baru yang terletak di seksyen u8 Shah Alam. Lokasinya berhampiran dengan TUDM subang. Spece U8 satu-satunya shoping complex yang mempunyai kelainan tersendiri. Shoping complex ini menggunakan ventilation secara semula jadi. Kat siling ada beberapa biji kipas gergasi. Maybe dia amik dari kipas helicopter nuri yang dah tak digunakan lagi tu kot. Hahaha

Sekarang shoping complex ini telah dibuka kepada orang ramai. Namun hanya beberapa perniagan sahaja yang beroperasi. Ada MBO Cineplex dan beberapa buah restoran dan juga Al- Ikhsan. Tak lama lagi akan dibuka pusat bowling kepunyaan Shalin zulkiflee.

Ok. Jomkita jalan-jalan di Spce U8 ni.


Floor plan Space U8


Outside View



Lagi outside view


water fountain


kipas gergasi yang di syaki diambil dari Heli Nuri


MBO cineplex


Siapakah awek2 ini. Aku pun tak tau.

Wednesday 18 January 2012

Bowling Oh Bowling



Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua… 

Seperti yang kita semua ketahui, Infinite Adventure akan mengadakan pertandingan bowling pada bulan februari ini. So kepada kaki-kaki bowling diluar sana marilah kita meriahkan pertandingan bowling tu nanti. So kat sini aku akan buat sedikit review mengenai kelengkapan untuk bermain bowling. Aku ni takde lah terer sangat main tapi kalau nak jadi juara longkang tu boleh la sebab tok guru yang ajar aku main bowling ni pun juara longkang jugak, so mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan hehehe. 

Untuk permulaan mari kita mengenali bola bowling dulu. Bola bowling mempunyai berat dari 8 pound hingga ke 16 pound. Terdapat tiga lubang untuk meletakkan jari. 3 jari yang digunakan ialah ibu jari, jari tengah dan jari manis. Dibawah adalah contoh-contoh bola bowling yang anda semua tak akan dapat masa main bowling nanti. Kalau nak, kena la beli yer macam Tun Amir.

Cantikkan bola-bola kat atas tu kan. Bila dah ada bola bowling kena la ada kasut bowling pulak.Kasut bowling ni lain sikit dari kasut yang kita selalu guna tu. Pada zahirnya macam sama tapi sebenarnya berbeza. Ape perbezaan dia? Kasut bowling bagi kedua-dua belah tidak sama dimana tapak kasut bowling sebelah licin dan sebelah mencengkam. So mari kita lihat beberapa jenis kasut bowling yang terdapat dipasaran.
 
Kasut ni untuk pemain yang Pro boleh la guna tapi kalau untuk yang level-level macam aku ni adalah lebih baik guna kasut yang murah-murah jer.
 
Kasut ni diberi kepada kita masa main bowling, hak milik tempat bowling tu, tidak dibenarkan bawak balik :-)


Ini adalah contoh kasut yang digunakan oleh Tun Amir. Masa 1st time pakai hampir tergolek Tun Amir dibuatnyer tapi sekarang Tun Amir cakap "Makcik mesti pilih" hahaha
Bola dah ade, kasut pun dah ade sekarang ni kita review skit pasal beg untuk simpan bola dengan kasut kita tu.






Cerita Seram

Selamat Membaca..hehehe

Click : http://comic.naver.com/webtoon/detail.nhn?titleId=350217&no=31&weekday=tu

RESEPI AYAM PERCIK


Ayam percik sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama di bulan Ramadhan. Aroma dan rasa yang memukau menjadikan hidangan ini sangat popular dikalangan penggemarnya dan menjadi buruan. Sebenarnya untuk menyediakan ayam percik yang sedap bukanlah susah. Infinite Adventure akan berkongsi dengan anda resepi ayam percik yang sedap.

Bahan-bahan

Bahan untuk perap ayam. (Seekor ayam) (Bahan A)

1)      Seekor ayam (potong 12)
2)      5 - 6 ulas bawang merah
3)      5 ulas bawang putih
4)      3 camca besar serbuk jintan manis
5)      3 camca besar serbuk ketumbar
6)      3 camca besar serbuk jintan putih
7)      3 inci halia
8)      2 camca besar serbuk kulit kayu manis (pilihan)
9)      2 sudu besar sos tiram
10)  2 sudu besar gula
11)  garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk kuah percik. (Bahan B)

1)      Santan (Sebiji kelapa)
2)      4-5 ulas buah keras
3)      3 inci lengkuas  (dikisar)
4)      5 ulas bawang merah(dikisar)
5)      5 ulas bawang putih (dikisar)
6)      2-3 inci halia (dikisar)
7)      Sedikit kunyit hidup (dikisar)
8)      cili kering mesin / cili boh (ikut suka nak banyak mana)
9)      secubit belacan
10)  garam dan gula secukup rasa.
11)  Asam jawa/keping

Cara-cara.

1)      Mesin kering (tanpa air) semua bahan A dan perapkan bersama ayam sekurang-kurangnya 3 jam. Paling best perap 3 hari.
2)      Mesin semua bahan kisaran bahan  B.
3)      Panaskan kuali dan tumis bahan kisaran B dan cili boh sehingga naik bau.
4)      Masukan santan dan biarkan mendidih
5)      Masukan semua bahan- bahan perisa
6)      Biarkan kuah pekat.
7)      Ayam yang diperap di bakar
8)      Jiruskan sedikit kuah pada ayam semasa membakar supaya dapat aroma.
9)      Jirus lebihan kuah pada ayam
10)  Hiaskan dengan daun kunyit dan hidangkan.

Mudah jer kan. Selamat mencuba...........


Gambar Hiasan..