Friday 27 January 2012

SENYUM


Makcik Iklan “Tiada Lagi Penyesalan”


Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit.

Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, penulis mendengar lagu Senyum di putarkan oleh juruhebah melalui corong radio keretanya. Ceh ayat macam buat karangan zaman sekolah rendah. Terima Kasih kepada cikgu Hasmawati kerana banyak ajar buat karangan masa UPSAR dulu. Tanpa cikgu siapalah saya. Ececece.
Well kadang-kadang mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dulu boleh buat kita tersenyum sorang-sorang. Sampai awek kereta sebelah pun pelik tengok kita tersengih-sengih. Mesti dia kata, muka hensem tapi tak berapa sihat sebab senyum sorang-sorang. Awek tu ingat aku tak perasan la tu dia duk perhati kat aku. Abaikan semua tu yang penting awek tu cun hahaha.



Adakah ini awek tadi ????????
Senyum sememangnya mempunyai aura tersendiri. Dalam psikologi senyum dikatakan boleh mengatasi masalah stress. Menurut kajian, bila seseorang senyum, otak akan merembes sejenis enzim yang menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan tenang dan mendamaikan.
Bahkan dalam Islam sendiri senyum digalakan oleh Rasulullah, sehingga baginda bersabda « sesungguhnya senyum itu sedekah » . jika anda telitikan setiap kali kita melemparkan senyuman ikhlas kepada seseorang walaupun mereka yang tidak dikenali secara automatiknya orang itu juga akan tersenyum. Sesuai seperti lirik diatas semua orang berjangkit. Begitulah powernya senyum.
Jika tak percaya cuba lihat gambar dibawah.


Senyum yang Ikhlas dari hati.

Haaa, kan anda dah tersenyum melihat senyuman makcik ni. Hehehe. Sekarang anda percaya?!!!!!!
 Sentiasalah jadikan senyum sebagai amalan anda. Senyum juga berupaya menjadikan anda menjadi awet muda. Dan kalau berterusan senyum enzim awet muda boleh membuat wajah anda semuda ini.


“Saya sebenarnya berumur 27 tahun. Nama saya Amir.”
Tapi mungkin juga kadang-kadang orang yang kita senyum kepadanya tidak membalas atau membalas sekadarnya sahaja. Janganlah anda berasa kecik hati teruskanlah senyum dan senyum. Majulah senyum untuk Negara.

Sejak Makcik ko buat exercise muka dengan senyum, pakcik dah tak perlu cari yang lain. Pakcik mesti pilih!!!!”

2 comments: