Pegawi
fasilitator yang terdiri dari exco Majlis Perwakilan Pelajar menyusun pelbagai
aktiviti menarik. Termasuk dalam agenda pada hari itu ialah snorkeling. Ikin
sedikit teruja untuk melakukan aktivitiini. Ini ialah julung-julung kali Ikin
akan melakukannya. Namun dihatinya tetap terdapat sedikit kegusaran. Ikin tidak
pandai berenang.
Faisal atau
lebih suka dipanggil abang faisal ialah fasilitator yang bertanggujawab menjaga
kumpulan Ikin dan rakan-rakanya. Abang Faisal ialah pelajar Tahun lima. Ringkas
ceritanya cukup pakej dan memang diminati ramai. Tapi satu keanehanya abang
Faisal seolah-olah memberi perhatian lebih kepada Ikin. Kalau tak kerana dua
sahabatnya yang beritahu Ikin sendiri pun tidak perasan. Bagi Ikin itu hanyalah
salaha anggapan. Ikin tidak merasakan sesuatu yang ganjil pun.
Semua peserta
diberi taklimat ringkas mengenai keselamatan semasa aktiviti snorkeling. Satu
persatu peserta mula turun ke laut untuk melihat keindahan alam laut ciptaan
Allah. Ikin masih takut-takut untuk turun. Hatinya memberontak antara keinginan
dan ketakutan.
” Kalau takut kau tunggu jer tangga bot
ni” ejekan dari Azman terasa panas di telinga Ikin. Tapi Ikin harus bersabar.
Ikin turun perlahan. Mulanya rasa seperti
tiada masalah. Tiba-tiba pin jaket keselamatan Ikin terbuka. Dan jaket itu
hampir terlucut dari badanya. Ikin terkapai-kapai. Melihat keadaan Ikin seperti
itu, dengan pantas Abang Faisal menghampiri Ikin dan membantu Ikin. Dia bawa
Ikin rapat semula ke arah bot dan memegang tali yang tergantung di badan bot.
Ikin hampir
sahaja lemas. Dia rasa begitu takut dan hampir menangis. Abang Faisal
menenangkan Ikin dan memberi semangat. Bagi Abang Faisal dia mahu Ikin dapat
merasai pengalaman snorkeling seperti rakan-rakan lain. Abang Faisal mengajar
Ikin bagaimana untuk snorkeling dengan baik. Tanpa disedari ada hati yang sakit
melihat mereka berdua.
Malam itu setiap
kumpulan akan membuat persembahan. Kumpulan Ikin dan Azman memilih untuk
membuat persembahan dikir barat. Nasib baik ada Fahmi yang berasal dari
kelantan yang fasih berdikir barat. Setiap peserta seronok melihat persembahan
berkumpulan itu.
Abang Faisal menghampiri
Ikin. Ditanganya ada dua cawan kertas berisi air oren. Azman yang memerhati
dari satu sudut terasa cemburu. Entah kenapa dia akan mudah sakit hati bila
Abang Faisal menghampiri Ikin. Perasaan ini tidak akan muncul bila Abang Faisal
menghampiri pelajar lain. Jatuh cintakah dia pada Ikin. Tapi bukankah Ikin ini
seorang yang tidak disukainya.
Azman bangkit
dan berlalu dari kumpulan. Dia cuba tenangkan hatinya. Bila teringatkan peristiwa semasa snorkeling dan kejadian
tadi, hati lelakinya menjerit. Kepalanya serabut. Dia sendiri keliru dengan apa
yang terjadi. Kenapa dia akan rasa cemburu bila Ikin didekati abang Faizal. Ah!
Persetanlah dengan perasaan ini, getus hati Azman.
Semua peserta
berada dalam kumpulan masing-masing. Sang matahari masih segan-segan
memancarkan sinarnya. Angin berpuput sejuk. Semalam hujan turun membasahi Pulau
Perhentian. Rata-rata peserta Minggu Haluan Pelajar
masih mengerengkot dalam selimut masing-masing. Sejuk.
Ikin berjalan perlahan-lahan menyusuri
pantai.Dia bersendirian. Hari
ini hari terakhir dia dan pelajar lain akan berada dipulau ini. Sesekali dia
tertunduk-tunduk melihat kerangan yang bertebaran di pantai yang putih bersih
itu. Gamat-gamat hitam tergolek-goleh diterjah ombak pantai. Ikin berhati-hati agar tidak terpijak
gamat. Geli geleman dia bila melihat gamat itu.
Jauh berjalan
baru Ikin sedar yang dia telah jauh meninggalkan kawasan chelet. Ikin kini
berada dikawasan yang agak sunyi dan tiada sesiapa disitu. Ikin berniat
berpetah balik. Beberapa langkah , tiba-tiba..kakinya terpijak sesuatu. Ya
Allah, darah merah pekat memancut keluar dengan deras dari tapak kakinya. Kaki
ikin terpijak kaca botol yang tertimbus di dalam pasir. Lukanya agak dalam dan
besar.
Perit luka
dikaki bukan main lagi. Ikin mengerutkan dahi.Dia hampir pitam melihat darah
yang banyak keluar dari kaki. Untuk berjalan ke chelet yang terletak lebih
kurang 700 meter itu terasa begitu sukar. Ya Allah pedihnya. Sedikit air mata
keluar dari dua kelopak mata Ikin.
Dari kejauhan
Azman melihat kelibat Ikin yang terduduk dan sesekali memegang tapak kakinya.
Raut wajah gadis itu menunjukan dia dalam kesusahan. Azman berjalan pantas
menghampiri Ikin. ” ni kenapa pulak dengan kaki awak ni, sampai berdarah macam
ni?” Dia pantas mencari sesuatu yang boleh
digunakan untuk membalut luka itu bagi mengurangkan pendarahan. Matanya liar
melihat sekeliling kalau-kalau ada kain disitu. Malangnya tiada.
Tanpa berlengah
Azman menanggalkan T-Shirt yang dipakainya untuk dijadikan balutan dikaki Ikin.
Azman cuba memapah Ikin untuk bangun tapi ditepis Ikin. ”Dah tempang macam ni
pun masih nak berlagak lagi,” ujar Azman pada Ikin yang dirasakan bersikap
kebudak-budakan. ”Tak mengapa, saya boleh bangun sendiri”. Yang sebetulnya Ikin
terasa gugup bila Azman menyentuh kakinya tadi. Belum pernah ada lelaki bukan
muhrim yang menyentuh kulitnya begitu. Tapi apakan daya keadaan memaksa.
”Saya ni Ikhlas
nak tolong bukan nak menggoda, bukan macam senior awak yang awak sayang sangat
tuh” entah kenapa isu senior tiba-tiba dibangkitkan Azman. Ada nada tidak puas
hati dalam ayat itu. Dengan payah Ikin cuba bangun. Hampir sahaja dia jatuh
ketika cuba bergerak. Dengan spontan, tangan Ikin mencapai bahu Azman untuk
bertahan. Menyedari tanganya menyentuh badan Azman yang tidak berbaju itu
pantas sahaja Ikin mengalihkan tangannya. Raut wajahnya ada penyesalan kerana
hampir terjatuh tadi.
Azman juga
terkedu dengan insiden tadi. Semuanya berlaku terlalu pantas.
Bersambung..............
No comments:
Post a Comment