Monday, 16 January 2012

BERTUNANG

Hari ini IA nak kongsikan dengan anda isu berkaitan dengan pertunangan. Apa pulak relevanya isu bertunang dengan IA. Jangan salah sangka, IA bukanlah menukar directionnya dari kelab kembara kepada kelab andaman. Cuma IA ingin jadikan blog ini sebagai saluran informasi dan tidak tertakluk kepada isu kembara semata-mata.

Dalam adat Melayu, bertunang atau majlis pertunangan adalah sesuatu yang sangat penting kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pada zaman dahulu, biasanya pasangan saling tidak mengenali akan dijodohkan keluarga maisng-masing. Dan bertunanglah saat permulaan mereka mengenali pasangan mereka.

Kini, lazimnya pasangan telah berkenalan antara satu sma lain. Samda melalui perkenalan tempat belajar, tempat kerja, medium laman sosial dan sebagainya. Sebagai mengekalkan adat istiadat maka majlis bertunang tetap diadakan walaupun dengan versi moden.

Adat bertunang mungkin berbeza mengikut negeri masing-masing. Namun setiap pasangan perlulah berunding dan berbincang sesama mereka bagi menentukan satu kesepakatan sekiranya melibatkan pasangan dari negeri yang mengamalkan adat berlainan. Semua ini penting bagi mengelakan perselisihan faham berlaku.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan semasa bertunang adalah hantaran. Hantaran adalah pemberian antara pasangan. Lazimnya dibawa dalam bilangan ganjil dengan bilangan hantaran pihak perempuan akan lebih sedikit berbanding hantaran pihak lelaki.

Antara barangan yang dijadikan hantaran bertunang

Hantaran pihak lelaki: 
  1. Cincin tunang 
  2. Sireh junjung 
  3. Kain sepersalinan (untuk majlis nikah) 
  4. Manis-manisan (Sebagai lambang keihlasan hati) 
  5. Wangi-wangian seperti pop puri. (Perlambangan kerendahan hati)

Hantaran sebelah perempuan
  1. Sireh junjung
  2. Kain sepersalinan 
  3. Songket 
  4. Manis-manisan (bagi masayarakat pantai timur mereka gunakan kueh Emas Sejemput) 
  5. Wangi-wangian pop puri 
  6. Nasi semangat/Bunga pahar (lambang berbesar hari menerima pinangan) 
  7. Buah atau kueh

 Sireh Adat

 Nasi Semangat

 Bunga rampai/ Pop Puri

Gubahan bukas cincin

Tadi adalah contoh-contoh gubahan untuk majlis pertunangan. IA ingin mengucapkan selamat bertunang kepada mereka-mereka yang bakal bertunang......


2 comments:

  1. bagus la review pasal tunang nie...sy rs teruja tgk brg2 hntaran tunang tu....best betol blog nie n pd tuan moderator (Amir) "Makcik Mesti Pilih" :D

    ReplyDelete
  2. per kata taruh jer skali..ahli yg terlibat dlm MAJLIs nih..nk broadcast "tempoh MENGORAT telah TAMAT"...@ "saya da kena BOOKED, tolg cari OWG len :D"

    ReplyDelete