Tuesday, 10 January 2012

BILA CINTA BERTASBIH 2

Tiba-tiba semuanya gelap bagi Ikin. Berita yang baru diterima tadi benar-benar meranggut ketabahan hatinya. Rumah Mak Munah menjadi kelam kabut. Berita tersebar dengan cepat. Beberapa anak muda yang sedari tadi berteduh di bawah khemah tergesa-gesa menaiki kereta setelah diarahkan Mak Lang. Di dalam rumah suasana begitu hening. Beberapa taulan menemani Ikin yang masih tidak sedarkan diri. Pak Lang Rahmat suami Mak Lang sedang berusaha memulihkan ikin yang tidak sedarkan diri. Mak Munah agak kebingungan setelah menerima berita itu. Masing-masing masih mendoakan sesuatu keajaiban berlaku..


Kini genap dua tahun Azman meninggal dunia. Kemalangan ngeri itu juga telah meragut nyawa kedua mertua ikin serta adik iparnya. Pada hari itu, kenduri yang sepatutnya menjadi saksi permulaan rumah tangga ikin telah bertukar menjadi kenduri arwah. Hampir 3 bulan Ikin hilang punca. Mujur sokongan keluarga dan rakan mengembalikan kekuatan Ikin. Walaupun Ikin dalam kesedihan kerana kematian suami, namun dia sedar keluarga mertuanya menanggung lebih kesedihan kerana menanggung empat kematian orang yang mereka sayang.


Persisir pantai Pulau Perhentian begitu mendamaikan. Laut yang tenang dengan pasir yang putih mendamaikan hati sang pencinta alam. Ikin berjalan menyusuri pesisir pantai itu. Disinilah kenangan perkenalannya dengan arwah suami bermula. Waktu itu mereka sama-sama mengikuti program kembara anjuran UiTM. Mereka adalah pelajar-pelajar semester satu fakulti Senibina Perancangan dan Ukur yang di wajibkan menyertai program ini. Jika tidak kerana program ini di tanggung sepenuhnya oleh fakulti, mungkin Ikin tidak akan menyertainya. Ikin sedar keadaan keluarganya yang jauh sederhana berbanding keluarga yang lain.


Untuk program itu, setiap peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 10 orang peserta. Ikin masih belum berkenalan sepenuhnya dengan pelajar-pelajar lain. Laila kawan sebiliknya di UiTM tidak dapat menyertai program ini kerana ada urusan keluarga di kampung. Ikin sedikit kebingungan kerana tidak mengenali pelajar-pelajar ini. Ditakdirkan kumpulan Ikin hanya mempunyai 3 peserta perempuan. Najihah dan Aida ialah pelajar jurusan Perancang Bandar. Najihah berasal dari Kuala Selangor. Kulit hitam manis dan agak pandai bergaya. Bagi Ikin gadis ini seorang yang sangat energetik. Setiap peluang yang ada untuk menampilkan diri pasti tidak akan dilepaskan. Berani dan agresif. Aida pula gadis yang sedikit pemalu. Mungkin kerana dialek terengganu yang begitu ketara. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Jika Aida diusik oleh pelajar-pelajar lelaki atau senior pasti wajahnya akan merona kemerahan.

Satu persamaan antara kedua kawan baru Ikin ini ialah mereka berdua mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Walaupun berkenalan tak sampai 24 jam sudah cukup menjadikan mereka bertiga sangat akrab seakan sudah lama saling mengenali. Petang itu setiap kumpulan di berikan sehelai kain putih dan 3 marker pen berlainan warna. Tugasan mereka ialah membuat bendera kumpulan masing-masing. Sebelum itu mereka juga perlu memilih seorang ketua dan penolong bagi kumpulan mereka. Masing-masing saling menunjukan orang lain agar dijadikan ketua. Bagi pelajar lelaki pelbagai telatah menggelikan hati yang mereka buat. Ada yang bertolakan selepas itu berkejaran pula. Pelik sungguh peranagi mereka ni. Seorang pelajar dari jurusan Arkitek telah dipilih bagi menerajui kumpulan ini.

Agak berkarisma dan berciri kepimpinan. Ikin mula membuat penilaian sendirian terhadap ketua kumpulanya. Azman nampak sedikit nakal. Dia ramai kawan. Orangnya tinggi dan nice looking jugak lar. Tapi tak lar macam hero Malaya idaman Ikin si Remi Ishak. Satu hobi Ikin ialah dia suka menonton drama Melayu dan kadang-kadang akan berangan menjadi heroin drama tersebut. Lebih-lebih kalau heronya Remi Ishak.  Tapi sebenarnya dari UiTM lagi Ikin kurang menyenangi lelaki ini. Baginya Azman ialah pelajar lelaki yang suka mencari perhatian orang lebih-lebih lagi pelajar perempuan.

Kalau tengok pada gaya mungkin anak orang berada. Paling tidak pun budak-budak Bandar. Ramai orang suka berkawan dengan Azman kerana sikap humornya. Tapi bagi Ikin itu hanyalah sifat menunjuk-nunjuk. Pasti malang siapa yang jadi awek mamat nih ujar hati kecil Ikin. Tapi itu semua hanya bermain di hati Ikin. Tidak mungkin Ikin akan mengatakan demikian kepada sesiapa.

“ Kita pilih Ikin jadi penolongnya” tiba-tiba Najihah bersuara di sahut dengan sorakan ahli kumpulan yang lain. Ikin terpinga-pinga menyedari namanya disebut, mukanya terkulat-kulat kerana keliru dengan situasi waktu itu. Aduyai bala apa pulak ni.
“Aku tengok kau duk usha si Azman sambil tersengih-sengih sorang diri, tu yang aku calonkan kau jadi penolong” ujar Najihah. Muka Ikin terasa hangat. Alamak rupanya tindakan dia berangan tadi disedari Najihah. Tapi dia bukan Usha si mamat ketua yang dia tak kenali langsung tu.

”Err ermm” Ikin tergagap cuba menyelamatkan diri dari dicalonkan menjadi penolong. Ya Allah kenapa aku yang mesti dipilih berpasangan dengan mamat ni. Muka bujur sirih Ikin mula merona kemerahan.
”sss saya ssssaya tak tahu nak jadi .... penolong macam mana?” Ikin gugup dan tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Sepanjang hayatnya tidak pernah dia dicalonkan memegang sebarang jawatan. Sikapnya yang low profile dan agak pendiam hampir sahaja menenggelamkan figura beliau semasa di sekolah dulu. Hati Ikin sebal kerana Najihah mengenakanya kali ini. Tapi bila difikir dia taklah sampai nak marah. Apa sangatlah pun, Cuma jadi penolong sahaja.

            Mahu tidak mahu, Ikin terpaksa juga menerima tugasan ini. Sebagai pasangan kepada ketua kumpulan, sudah pasti Ikin akan banyak bersama dengan ketuanya ini Azman. Lelaki yang pada pandanganya seorang yang tidak disukai dengan bukan cirri-ciri lelaki pilihan. Azman lebih suka memerintah, dan adakala dia tidak suka dibantah. Walaupun pada akhirnya keputusan Azman membuahkan hasil yang baik. Contohnya semasa membuat bendera kumpulan, hampir semuanya adalah idea Azman. Sebagai pelajar arkitek tidak mustahil bagi Azman untuk mempunyai idea futuristic seperti itu.

“Nanti awak presentkan maksud bendera kumpulan kita” arah Azman.

“Ha?!!” Ikin sedikit terjerit. Sekali lagi dia terpinga-pinga.

“ Saya cakap, nanti awak presentkan maksud bendera kumpulan kita ni, and one more thing jangan suka berangan” Azman sedikit berbisik.

Hati Ikin sakit mendengar teguran ketua kumpulanya itu. Timbul sedikit rasa menyampah. Apa sahaja yang keluar dari mulut Azman dirasakan begitu menjelikkan. Dia sendiri tidak pasti puncanya dia tidak menyukai lelaki ini. Ah biarkan lah. Ikin sedikit memuncung. Najihah dan Aida mengusik-usik Ikin. Bila lah program ini akan berakhir.


                                                                                                          Bersambung.....

2 comments:

  1. Replies
    1. Emma knal..hero..crite Ong Bak Rindu ...tuu...haa muke dier mmg saling x tumpah lah...lain sgt..mcm langit dgn kerak bumi...ekeke

      Delete