Wednesday 18 January 2012

PERSEDIAAN SEBELUM PERGI PERKHEMAHAN


Seperti yang semua sedia maklum, Infinite Adventure akan menganjurkan aktiviti hiking gunung Nuang pada 11&12 February 2012. aktiviti ini sudah pastinya melibatkan perkhemahan. Jesteru IA akan berkongsi serba sedikit tentang persediaan sebelum mengikuti aktiviti perkehemahan.


Panduan ini masih juga boleh digunapakai seandainya aktiviti perkhemahan anda iru hanya dibuat di backyard rumah atau hanya di padang sekolah. Hehehe. Ala macam zaman sekolah rendah dulu. Kann. Buat-buat tak ingat pulak.

Persediaan adalah melibatkan dua aspek. Persediaan diri dan persediaan peralatan

PERSEDIAAN DIRI:

  1. Diri anda mestilah berada dalam keadaan sihat walafiat
  2. Anda telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk cabaran-cabaran yang bakal mendatang
  3. Peringatan!!! Jangan menyertai sesuatu aktiviti perkhemahan seandainya anda mengetahui keadaan diri anda kurang sihat pada waktu itu

Pernah ada satu kisah dimana tiga sahabat keluar hiking di gunung Tahan yang memakan masa 6 hari perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan salah seorang dari mereka mengalami cirit birit dan sedikit demam. Namun mereka mengendahkan keadaan tersebut dan meneruskan perjalanan. Di takdir Allah, pada hari ke tiga kawan yang cirit birit tu meniggal dunia di dalam hutan.

Mereka membuat keputusan, salah seorang keluar mendapat bantuan bermakna akan berjalan kaki selama tiga hari lagi. Seorang lagi menunggu jenazah kawanya yang di letakan dalam sleeping bag dan diikat pada dahan pokok untuk elakan di makan haiwan liar.

Cerita ini bukanlah untuk menakutkan anda. Sekadar berkongsi untuk memberi peringatan pentingnya tahap kesihatan semasa melakukan aktiviti seperti ini.



PERSEDIAAN PERALATAN

Peralatan juga sangat penting untuk anda ketahui. Sekurang-kurangnya anda mempunyai peralatan asas untuk aktiviti seperti ini. Antaranya ialah.

  1. Khemah.
    Anda boleh pilih khemah jenis dome seperti ini,


    atau

    jenis ini. Dan.....


    jangan sesekali pilih yang ini untuk camping ok. 
     
  2. Sleeping Bag  
          Sleeping bag sangat penting sebagai alas untuk anda tidur dan merangkap sebagai selimut. Walaupun hakikatnya tidur dalam khemah ni panas tapi ada certain keadaan boleh jadi sangat sejuk. Ada banyak jenis sleeping bag di pasaran dari berharga RM 19.00 sehinggalah yang berharga RM 150 atau lebih. Jadi pilihlah yang mengikut kemampuan dan kehendak hati anda.



Sleeping bag jenis ini ada Zip di sekelilingnya. Boleh dibuka untuk dijadikan hamparan. Saya ada dua jenis yang ini.


Yang macam ni maybe mahal sikit lar. Pernah cari tapi belum dapat-dapat lagi/ kalau ada sesapa tahu yang jenis ini boleh lar hubungi saya yer.


Yang macam ni pun ada. Hehe cute jer. Untuk Is Power sesuai kot. 
 
 

3. Lighting
Untuk lighting anda boleh gunakan torch light. Head light atau pelita.



lebih baik kalau pilih yang warna putih. Saya ada beli satu yang macam  ni kat Uptown. RM 12 jer.


ini Head Light. Saya rimas sikit pakai yang ni. Tapi sesuai untuk hiking, tak payah pegang kat tangan.


4. Peralatan memasak
Peralatan memasak ni juga penting. Ye lar manusia perlu makan ok. At least ada peralatan yang simple.


Penunu Bunsen boleh beli kat Giant. Tak silap dalam RM 15 – RM 20 or boleh guna lilin askar. Yang ni x der gambar. Hehe

5. Bekas Air
Air juga perkara yang perlu diberi perhatian. Dehydration boleh menyebabkan anda jadi lemah dan mungkin boleh membawa maut. Jadi pastikan anda membawa bekalan air secukupnya.


 

6. Makanan Secukupnya
Pilih dan bawa makanan yang memberi tenaga, dan mudah dinikmati. Tak payah lar bawak rice cooker pulak. Yang penting semua makanan adalah selamat dimakan. Bagi yang muslim pastikan makanan anda alah halal. Biasanya kalau saya pergi camping saya bawak biskut tiger. Kenapa biskut tiger? Sebab dia bestttt hehehe. Mee segera a.k.a maggi maybe wajib la kot. Tapi saya jarang makan maggi ni sebab maggi boleh buat saya jadi mengantuk tahap gabanious ortega.


Biskut Tiger


mee segera. Nyum-nyum


hehe. Yangni gambar hiasan jer. X der orang bawak masuk hutan macam ni. Kat hotel ada arr.
7. Pakaian Yang Mencukupi
Pakaian yang mencukupi dan sesuai. Jangan pakai night dress didalam hutan. Nanti anda akan jadi nightmare untuk orang-orang lain.
8. Back pack
Back pag digunakan untuk mengisi semua keperluan anda. Pilihlah back pack yang selesa di galas dan memadai saiznya dengan keperluan anda.



cantik bag ni. Mana mau cari…
  
9. First Aid

Yang ni pun penting jugak. At least dalam satu group tu ada yang concern nak bawak benda ni. Travel pack pun banyak ada jual kat farmasi. Bukan apa kecederaan dan malang adalah tidak berbau. Kalau yang berbau itu sebenarnya kentut. Hahaha









Dulu ada yang macam ni tapi mak aku dah ambik tak pulangkan. Dapat masa pi training safety.


Itulah serba sikit panduan yang mungkin boleh membantu anda, dengan harapan lar. Kot-kot sapa yang ada guideline yang lagi power boleh bagitahu saya then nanti kita update in this blog. Selamat beroutdoor dari infinite Adventure. 

4 comments: