Lumrah
bercinta ada manis ada masamnya. Kadang-kadang bermusuhan sehingga
tidak
mahu menerima apa-apa berita lagi dari bekas pasangan. Habis madu sepah
dibuang. Ade yang sampai angau dibuatnyer. "Bila Z....A duduk kat kerusi
ni, Z....A dapat rasa yang A..R pun penah duduk kat kerusi ni" (antara
ayt2 angau yang aku penah baca dalam hp kawan aku hahaha. Bila ini
berlaku, ramai
mengambil jalan mudah menukar nombor handphone dan juga padam akaun
Facebook.
Cara ini berkesan, tetapi bagi aku yang sukakan teknologi, cara tersebut
agak
tidak sesuai.
Kenapa tidak sesuai?
1. Bagi
sesetengah orang, nombor handphone mereka sangat penting dan telah lama
digunakan. Sayangnya terpaksa menukar nombor handphone kerana cuba mengelak
dari diganggu seseorang.
2.
Walapun korang padam akaun Facebook korang dan berjaya mengelak dari “si dia”, korang
juga sebenarya telah menutup peluang ramai kawan korang yg lain untuk
berinteraksi dan mengambil tahu keadaan korang sekarang. Padam dan buat akaun
baru? Lagi “super tak effective” sebab korang terpaksa add balik rakan-rakan lama
dan mmemakan masa.
Cara untuk tidak tukar nombor handphone korang.
Tips ini
hanya untuk pengguna smartphone
seperti Nokia Symbian, Android dan iPhone. Mungkin rakan lain ada tips yang
boleh digunakan untuk bukan pengguna smartphone.
iBlacklist for iPhone
iBlacklist
for iPhone membolehkan korang menyekat panggilan dan sms yang dari nombor tidak
dingini untuk iphone korang. Korang boleh menetapkan supaya iPhone korang terus “hang
up” panggilan tersebut atau ignore (iPhone tidak akan menunjukkan ada panggilan
dari nombor tersebut.) . SMS yg diterima dari nombor tidak dingini juga tidak
akan terpapar pada inbox sms korang dan korang boleh menetapkan supaya iBlacklist
supaya auto padam sms dari nombor tidak diginini.
Tutorial
menggunakannya boleh lihat di sini http://www.iclarified.com/entry/index.php?enid=953
Call Blocker Gold for Android
Call
Blocker Gold, dahulunya dikenali sebagai Call Blocker Pro merupakan application
terbaik bagi platform Android untuk menyekat panggillan telefon dan SMS dari
nombor tidak dingini. Antara fungsi menarik ialah Block all calls from
pay phones, maknanya “si dia” tidak dapat menganggu korang menggunakan
telephone awam.
Alternatif
lain untuk Android ialah Call Control
Best Blacklist for Symbian^3
Best
Blacklist merupakan application blacklist terbaik untum platform Symbian^3.
Advanced Call Manager for Blackberry
Advanced
Call Manager merupakan salah satu aplikasi terbaik untuk menyekat panggilan dan
SMS untuk pengguna Blackberry.
Cara untuk tidak padam akaun Facebook anda
Mahu
menyekat sesetengah individu dari dapat melihat Facebook korang? Selain padam
akaun Facebook, korang juga boleh mengubah privacy settings.
1. Klik
Account dan Privacy Settings.
2. Ubah
settings anda kepada friends sahaja.
3.
Selepas itu klik Block Lists pada bahagian bawah.
4.
Masukkan nama atau emel rakan yang anda mahu blacklist.
5. Siap!
6.
Cara
ini boleh diatasi sekiranya “si dia” membuat akaun facebook baru dan add
korang
sebagai friend. Oleh itu setiap kali nak approve friend, pastikan
korang
betul-betul kenal baru approve. Privacy settings yang korang telah ubah
pada
langkah-langkah membuatkan “ si dia” tidak dapat melihat apa-apa
maklumat Facebook korang selagi korang tidak aprrovea as friends.
Berjaya!
Jika korang
mengikuti langkah diatas, korang telah berjaya mengurangkan 95% kemungkinan dari
diganggu oleh orang yang korang tidak mahu. Tidak ada smartphone tetapi sayangkan nombor handphone korang? Aplikasi perlu dibeli? Kami rasa pelaburan membeli smartphone dan aplikasi adalah berbaloi jika korang
dapat mengekalkan nombor lama korang, dan bebas dari gangguan tidak dingini.
- Is PoWeR -
Sumber: here
HEncik EDITOR..i tink u need to categories UR entry leh x?, Tips, Novel, Adventure LOG, or others related...psl don feel offended
ReplyDelete