Wednesday, 18 January 2012

RESEPI AYAM PERCIK


Ayam percik sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama di bulan Ramadhan. Aroma dan rasa yang memukau menjadikan hidangan ini sangat popular dikalangan penggemarnya dan menjadi buruan. Sebenarnya untuk menyediakan ayam percik yang sedap bukanlah susah. Infinite Adventure akan berkongsi dengan anda resepi ayam percik yang sedap.

Bahan-bahan

Bahan untuk perap ayam. (Seekor ayam) (Bahan A)

1)      Seekor ayam (potong 12)
2)      5 - 6 ulas bawang merah
3)      5 ulas bawang putih
4)      3 camca besar serbuk jintan manis
5)      3 camca besar serbuk ketumbar
6)      3 camca besar serbuk jintan putih
7)      3 inci halia
8)      2 camca besar serbuk kulit kayu manis (pilihan)
9)      2 sudu besar sos tiram
10)  2 sudu besar gula
11)  garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk kuah percik. (Bahan B)

1)      Santan (Sebiji kelapa)
2)      4-5 ulas buah keras
3)      3 inci lengkuas  (dikisar)
4)      5 ulas bawang merah(dikisar)
5)      5 ulas bawang putih (dikisar)
6)      2-3 inci halia (dikisar)
7)      Sedikit kunyit hidup (dikisar)
8)      cili kering mesin / cili boh (ikut suka nak banyak mana)
9)      secubit belacan
10)  garam dan gula secukup rasa.
11)  Asam jawa/keping

Cara-cara.

1)      Mesin kering (tanpa air) semua bahan A dan perapkan bersama ayam sekurang-kurangnya 3 jam. Paling best perap 3 hari.
2)      Mesin semua bahan kisaran bahan  B.
3)      Panaskan kuali dan tumis bahan kisaran B dan cili boh sehingga naik bau.
4)      Masukan santan dan biarkan mendidih
5)      Masukan semua bahan- bahan perisa
6)      Biarkan kuah pekat.
7)      Ayam yang diperap di bakar
8)      Jiruskan sedikit kuah pada ayam semasa membakar supaya dapat aroma.
9)      Jirus lebihan kuah pada ayam
10)  Hiaskan dengan daun kunyit dan hidangkan.

Mudah jer kan. Selamat mencuba...........


Gambar Hiasan..

4 comments:

  1. krl bukan nama sebenar...18 January 2012 at 14:41

    Adakah IA mengalami krisis..identiti...ekeke...

    ReplyDelete
  2. Sekali air bah sekali pantai berubah

    ReplyDelete
  3. nie tuan admin nk bg taw yg tuan admin pny ayam percik sedap ke....kalau setakat citer jer baik xpyh...kalau berani cer try buat n bagi kat follower2 AI ni rasa....kalau bg rs tu kene bagi sorang 3ketul la hehehehe..

    ReplyDelete
  4. ha ah stuju iS PoWeR..wat terliur jer..bg yg berposer nih

    ReplyDelete