Saturday 31 December 2011

Siapakah Pemenang Bowling Semalam......

 Tajuk kat atas tu akan menjadi entry 1st aku untuk Infinite Adventure nie. Seperti yang telah diberitahu oleh tuan admin blog ini siapa pemenang "Kejohanan Bowling Ahli-Ahli Kongsi Gelap Seluruh Jajahan Takluk Indera Dewa Dewa Indera". Tapi review yang tuan admin buat terlalu ringkas, so aku akan cuba untuk memanjangkan review tersebut hehehehe....

  Aktiviti semalam bersamaan 29.12.2012 pada pukul 6.45pm bermula dengan perbincangan untuk aktiviti ke Gunung Nuang bersama Bro Nuar yang sudah 18kali naik ke gunung tersebut sampai pernah patah tulang rusuk tu bai. So aku rasa Bro Nuar dah cukup terer kot dengan Gunung Nuang nie. Perbincangan itu berlangsung di D'Arab Cafe atau sebutan yang selalu Tuan Admin sebut adalah "D'Arab Kapir" hahahaa. Selepas selesai perbincangan tersebut, Bro Nuar pun minta diri untuk beredar sebab dia cakap ade urusan kat KL pulak.

Selepas tu aktiviti yang paling diananti-nantikan oleh semua adalah sesi makan-makan hahahhahaha. Seperti biase En. Amir akan mengetuai jemaah untuk mengOrder makanan tersebut sebab dia cakap dia penah duduk kat Jordan tu 16tahun. Al-maklum la kedai arab so makanan pun mesti la nama pun arab so sebutan pun kena la macam arab sebab kalau sebutan tidak macam arab nanti makanan yanag dihidangkan itu akan jadi tak sedap, Amir kata macam tu.

"Khairul & Lutfi berposing ala-ala model dihadapan hidangan nasi arab"
"Amir bersama penulis sedang menjamu selera dengan hidangan nasi arab"
"Kenapa la si Lutfi ni ambil gambar masa aku dengan Khairul tak ready lagi nie, nie macam nak sabotaj jer sebab Lutfi termakan popiah inti kambing hehehe"

"Sungguh sopan aku makan hehehe"

"Dah masuk 3 pinggan aku makan tapi kenapa la tak kenyang-kenyang jugak ni, ni mesti ade ganguan misteri nie. (Amir berkata-kata didalam hati)"
 Setelah selesai sesi makan-makan, semua ahli mesyuarat Kongsi Gelap bergerak ke gelanggang bowling yang terletak di Kompleks Ole-Ole Shah Alam di seksyen 18. Sebelum pertandingan bowling bermula seperti biasa Amir akan melemparkan kata-kata bongkak. Aku, Khairul dan Lutfi still cool sebab dah paham sangat dengan keletah Amir nie. Pada game pertama Lutfi telah berjaya memenangi dengan mudah meninggalkan Amir ditempat ke-3. Dan seperti yang telah dijangkakan bahawa Lutfi hanya dapat bertahan untuk game pertama sahaja kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh Amir yang membuat tarian chiken dance versi sepupu mila.

Tanpa berlengah lagi aku terus mengambil kesempatan diatas kesulitan yang dihadapi oleh Lutfi untuk aku memenangi game ke-2 dengan jarak mata yang agak jauh heheheh. Khairul juga menunjukkan peningkatan pada game yang ke-2 tetapi balingannya banyak tersasar digangu oleh "belaan" Amir.

Untuk game ke-3 aku sekali lagi berjaya memenangi game tersebut dengan jarak mata yang agak jauh sekali lagi. Amir seperti biasa akan menyalahkan lane yang tidak rata hahahaha.

"Gaya balingan seorang juara longkang"

"Langkah bergaya seorang juara"

"Bukti kejuaraan hahahaha"

"Terserlah sekarang siapa juara pertama"

So kepada semua diharapkan kita dapat mengadakan kejohanan bowling ini untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim.

-Is PoWeR-

INFINITE ADVENTURE Bowling Tournament

          Yang di pertua, saya perwakilan Seksyen 18 mohon mencadang agar diadakan siri tournament bowling untuk 2012. tournament ini hendaklah dijalankan pada setiap 2 bulan. Ini bermakna akan ada 6 siri perlawanan sepanjang tahun. Juara akan dikira berdasarkan kumulatif mata pada setiap perlawanan. Bagi memberi impak dan kesan kelainan setiap perlawanan hendaklah di jalankan di 6 kawasan berbeza mengikut perwakilan sebagai tuan rumah mengikut jadual di bawah.

Bulan
Tuan Rumah
Gelanggang
Februari
Lutfi (perwakilan kg jawa)
Ole-Ole
April
Khairul (perwakilan portklang)
Monterest
June
Shahrizal (perwakilan Sek. 20)
The Summit
August/September
Mila (Perwakilan putrajaya)
Alamanda
October
Is Power (perwakilan puchong)
IOI Mall
December
Tun Amir (Perwakilan sek 18 serta jajahan takluknya)
The Curve


          Yang dipertua, saya juga mohon mencadang agar di buat dua piala iaitu untuk juara keseluruhan dan juga satu untuk juara longkang. Piala ini ialah piala pusingan dan akan dipertandingkan semula pada tahun berikutnya insyaAllah.



Saya Mohon mencadang



Amir

Menggenggam Bara Biar Sampai Jadi Arang

          Dah penat meeting dan menjamu Kabsyah Kambing, puak2 Jin Sejuta Alam pun berangkat ke arena bowling Ole-Ole Seksyen 18 sebagai mewakili Infinite Adventure. Pertarungan kali ini menyaksikan perlawanan empat penjuru. Lontaran demi lontaran di lakukan demi mempertahankan juara longkang. Kejayaan memihak kepada Is Power dengan disaingi rapat oleh Amir. Lutfi dan Kerol hilang wang pertaruhan dan negeri. Apa kaitan dengan tajuk diatas. Jawapanya tak ada.


Cadangan: Nak collect sikit duit dari Infinite member. Untuk beli troffi. Kita buat piala pusingan juara longkang . kita bagi juara pegang itu troffi sehinggalah perlawanan berikutnya. Cara tak idea ni ? troffi murah2 sudah.

Ekspidisi Gunung Nuang

          
          Setelah berhenpas pulas mengharungi jam yang teruk di faderal highway akhirnya sampai jugak di D’Arab Cafe lewat 18 minit. Puak-puak Jin Sejuta Alam , Pak Dogol (baca sebagai Is) dan Wak Yoh (Baca sebagai kerol) buat muka blur dengan kedut seribu. Nasib baiklah masa tu editor dengan tasbih di tangan melemparkan senyuman zikir bagi menenangkan keadaan dua puak2 jin sejuta Alam ni. Errr tapi macam kurang Korum jer. Oooo rupanya sorang lagi puak sejuta alam Eteng (baca sebagai Lutfi) tak sampai lagi. Kami semua bertepuk tamper sambil kerol buat Chicken Dance sambil menunggu ketibaan big brother Nuar.


          ‘Tuut tuut tuut ‘ tiba-tiba henset editor berdering. Suasana hening. Pelayan D’Arab Café pun seakan terpaku. Ada keanihan disitu. Terasa kedinginan mula menjalar. Kedenganran suara halus di talipon. Semua mata menercap ke arah editor. Errr rupanya big brother nuar tersalah restoran daaaa. Buat suspend jer. Keadaan pulih seperti sedia kala. Kerol menyambung chicken dance beliau.


          Lima minit berlalu abang nuar sampai dengan baju ala Rambo, kain ikat kepala, perghh heheh semua tu tipu. Dengan semangat abang nuar ambil tempat di sebelah Is. Gedegang!!!!! Abang nuar menghempas sebuah peta usang dengan habuk bertaburan. Kerol pun pengsan, errr itu semua tipu. Dengan semangat abang nuar menunjukan lakaran gunung nuang . dan kemudian dengan gaya panglima perang.



Dari parking ke Kem lolo biasa jer. Kem Lolo ke puncak Tipu ramai mati, ada yang patah rusuk dan ada sesat sampai Janda Baik



          Satu ucap tama menarik dari abang nuar. Is power mula menggelijat dengan peluh dingin. Berdebar kata dia. Sambil tangan terlekap didada. Si kerol pula dek kerana terkejut terus menukar rentak chicken dance kepada mak yong. Dan macam biasa editor menenangkan keadaan.

          Tengah duk berbincang tu sekali lagi keadaan berubah menjadi sangat dingin. Angina sedari tadi bertiup lembut mula bertukar ganaz. Cicak di D’Arab Café berdicit lari bersama aweknya. Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh dengan gaya tersendiri. Perlahan sekali perjalanannya disebalik kabus. Semua disitu menatap terus ke susuk tersebut dengan debaran. Sambil editor teruskan zikir. Laaa Lutfi rupanya. Banyak betul iklan. Dan abang nuar meneruskan taklimat dan hasil meeting tersebut maka keputusan dibuat seperti di bawah:

Tarikh Ekspidisi:  4 dan 5 Februari 2012. (Sabtu dan Ahad)
Maksimum peserta : 20 orang.
Concept : Camping

Bersambung .....................


- itu meja Editor..sebelummm...haha


Thursday 29 December 2011

Kolam Air Panas Sungai Klah, Sungkai

Nama kolam air panas sungai klah memang sudah cukup terkenal dan meniti di perbibiran rakyat Malaysia. Terletak di daerah Sungkai Perak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Shah Alam melalui PLUS. Taman reksreasi ala theme park menjanjikan keseronokan tersendiri disamping panorama yang indah. Bayaran masuk RM 10.


Berikut adalah sebahagian pemandangan di Kolam air panas ini.



Kolam air bukit. Ada Sutun besar dan sejuk giler airnyer


Nak rebus telur pun boleh. Telur jer tau jangan ’Telur’.


Nak buat refleksi kaki pon boleh. 


Lepak2 kat kolam air panas. Boleh duk ramai-ramai sambil bertepuk tampar.

Percutian Pulau Redang


Pasti ingatan anda masih segar dengan percutian konvoi kita ke pulau perhentian Oktober yang lalu. Banyak kenangan masam manis telah diukir bersama. Sekali lagi Infinite Adventure menganjur percutian konvoi untuk 2012. Kali ini kita akan menuju ke Pulau Redang.

Gambar kat atas tu ialah pemandangan kat pulau Redang. Korang tak terasa teruja ker. Lautnya biru, ada pokok kelapa, pasir putih kira cukup pakej lar. Ajak mai kawan ramai-ramai pakat join konvoi kita. Kalau yang lepas 5 biji kereta kali ni kasi panjang sikit lagi. Baru cara beb.

Konvoi kali ini di jangka akan di adakan pada 15,16 & 17 (tertakluk kepada perubahan). Macam biasa konvoi guna kereta sendiri. Satu kereta maksimum pun sampai 5 orang jer. Kalau yang join single runner kita akan matchkan dengan group2 yang tak cukup orang. Yang penting kita happy.

Kita gunakan konsep pembayaran ansuran mudah. Jadi semua peserta dikehendaki membayar RM 50 setiap bulan bermula january. Peringatan duit tidak akan di pulangkan sekiranya ada peserta yang menarik diri. Maklumat lanjut akan di bawa dari masa ke semasa. Nantikan berita selanjutnya.

- dari Meja Editor -


Wednesday 28 December 2011

Meeting untuk kembara gunung Nuang


Meeting untuk kembara gunung Nuang akan diadakan pada esok:

Tarikh : 29 December 2011
Masa : 6 petang

Tempat : D’ Arab Café  Seksen 7 Shah Alam

Kepada geng2 kongsi gelap yang ada kelapangan bolehlah hadirkan diri ke lokasi berikut.


Agenda:

  1. Sembang2 sambil mengumpat dan mengutuk (Wanauzubillah)
  2. Bicang outline activity gunung nuang
  3. Make2 lah boh
  4. Bowling (termasuk dalam agenda ker?)

Atas Arahan Editor..

Facebook

Visit Our facebook page and don't forget to like to get more updates from Us

http://www.facebook.com/pages/Infinite-Adventure/136856986427635

Selamat Tahun Baru

Tinggal empat hari lagi kita semua akan menyambut tahun baru masihi 2012. Ini bermakna usia kita menokok lagi setahun.


Seperti yang kita semua sedia maklum, tahun 2012 adalah antara tahun yang diramalkan dengan perlbagai ramalan kontoversi.


Dan yang paling besar ialah dunia diramalkan berakhir pada tahun ini berdasarkan perkiraan kalander bangsa Maya.


Kebenaranya hanya Allah yang tahu. Sebagai seorang Muslim dan InsyaAllah Mukmin kita semua harus mempersiapkan diri


Kita pada setiap hari dan detik untuk bersedia dengan satu hari yang dinamakan Kiamat.


Ehem-ehem tukat tune sikit kepada mood yang lebih ceria. Well pada kebiasaanya pada tahun baru semua orang akan memasang


Azam. cehh macam-macam azam ada. Ada yang azam nak kawen, ada yang azam nak beli rumah ada azam nak beli kereta dan


Ada jugak azam nak kuruskan badan atau naikkan berat badan. Apa-apa pun selamat berjaya. Jangan putus asa untuk sentiasa berazam.


Infinite Adventure juga mempunyai impian dan harapan yang tersendiri. Antaranya ialah menyajikan aktiviti yang lebih baik dari masa ke semasa


Kepada semua ahli2 dan bakal2 ahli. We are the family. Untuk 2012 ini ada pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan antaranya ialah mendaki gunung nuang.


Diharap semua ahli dapat menyertai kesemua aktiviti ini. Infinite Adventure mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Tanpa anda siapalah Infinite Adventure. Berikan tepukan gemuruh jiwa dan sorakan ombak kepada diri sendiri. Hehehe


So untuk itu Infinite Adventure mengucapkan selamat TAHUN BARU kepada semua warga Infinite Adventure dan juga kepada semua rakyat Malaysia


Dari Meja Editor

Saturday 24 December 2011

PENGISTIHARAN INFINITE ADVENTURE

           
              24 Dec 2011, Pada 22 December yang lepas, nama Infinite Adventure telah diishtiharkan dengan rasminya. Infinite Adventure adalah sebuah kumpulan non-profit yang dibentuk terdiri dari mereka yang mempunyai minat mendalam untuk aktiviti kembara santai. sebelum ini kumpulan ini telah wujud tanpa sebarang penjenamaan. Dengan pengishtiharan nama baru ini akan memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli untuk terus memartabatkan aktiviti kembara ini.

              Infinite Adventure akan terus menyajikan aktiviti menarik melalui perancangan jangka panjang dan perancangan jangka pendeknya. Melalui testimoni aktiviti yang lepas ramai memberi komen yang baik dan harap untuk aktiviti - aktiviti menarik terus di adakan.

               berikut adalah komen dari testimoni dan ahli Infinite Adventure




" Kami Seronok Bercuti di Pulau Perhentian bersama Infinite Adventure. Bahagianya!!!!"












" Pengalame Bersamo Infinite Adventure, Meme tidok mengecewoke. Ambo mesti pilih"













Seronok sangattttt. macam ni haaaa

" Nasi Goreng Kampung, Sambal Belacan, Timun-Timun"















"Best2. nanti ajak lagi yerrr"










Disediakan Oleh:
Editor Infinite Adventure