Sunday 17 June 2012

INFINITE BOWL KASI GEGAR

GEMPAR, memang mengemparkan. Infinite Bowling Kasi Gegar untuk pusingan ke tiga ini telah di landa dengan ribut kontroversi dan gossip hangat di antara pemainya. 16 June 2012 tarikh yang telah dipilih dengan suara majoriti dan menyaksikan The Mines sebagai gelanggang pertaruhan. Tahniah kepada semua warga infinite kerana hadir pada hari tersebut.

dalam keseronokan tersebut kelibat Kerol dan Is tidak kelihatan. apakah yang terjadi kepada mereka sebenarnya. ada khabar angin mengatakan Kerol dan Is bakal meninggalkan terus arena bowling infinite. Menurut sumber-sumber yang YDP dapat dikatakan Kerol tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kerana tidak menyambung kontrak sebagai maskot infinite adventure.  Malah kerol juga telah membuat kenyataan terbuka di depan wartawan-wartawan dia membuat bantahan dan mengatakan pihak pengurusan berat sebelah. apakah sebenarnya yang terjadi??? kita nantikan jawapan balas dari wakil pengurusan Infinite Adventure dalam Melodi.

Seorang lagi bintang yang turut di katakan merajuk dan akan meninggalkan arena bowling ialah En. Is. Wahh ini memang sesuatu yang sangat mengemparkan kita. En. Is di khabarkan telah tewas teruk dengan YDP di salah satu perlawanan empat penjuru dan akibat kekalahan tersebut En. Is telah kehilangan wang pertaruhan dan negeri. Berikutan itu En. Is merasakan diri beliau tidak lagi layak terlibat dalam arena bowling. Tapi benarkah ini yang berlaku? atau ini hanya provokasi yang di lancarkan pihak YDP sebagai kempen pilihanraya beliau. setakat ini hanya pihak YDP yang membuat kenyataan. kita mengharapkan En. Is tampil dan memberi penjelasan tepat terhadap kabar angin yang melanda ini.

Kemunculan wajah baru dalam Infinite Bowl Kasi Gegar memberi pemandangan berbeza apabila juara bertahan Shah dan Nazry hampir-hampir berputus asa. dua nama kelihatan begitu dominan pada malam tersebut iaitu iaitu tuan YDP yang teramat kita kasihi. Kemunculan Joey yang hampir menjuarai semua pusingan telah memberi impak dan tekanan mendalam kepada Shah. Kalah di gelanggang sendiri merupakan mimpi ngeri buat Shah. Adakah Shah bakal mengambil tindakan yang sama seperti Is iaitu menjual bola keramatnya dan akhirnya meninggalkan arena bowling.

Namun yang paling menggemparkan pada malam tersebut ialah apabila buat julung kali Emma mendapat 149 jatuhan pin dengan menewaskan pencabar-pencabar lain di set yang ke dua. adakah iini menunjukan kebangkitan rakyat yang bakal menjatuhkan kepimpinan YDP. Emma di khabarkan menerima pengaruh dari timur tengah dan membawa aura "Arab Spring" ke dalam infinite adventure.

Mila terpaksa menyerahkan kedudukan selesa sebagai juara longkang apabila kedudukan itu di rampas dan di ragut dengan sadis oleh Izan. mempukah mereka bertahan? jeng jeng jeng


berikut adalah keputusan penuh bgi pperlawanan bowling semlam:


Name 1st 2nd  3rd Total
Abg Zul 111 127 114 352
Lin 80 97 72 249
Peda 71 109 88 268
Emma 87 149 100 336
Ana 52 116 64 232
Ron 97 129 109 135 373
Joey 143 146 124 413
nazry 116 105 175 396
mila 62 71 93 226
shah 96 129 125 350
imah 85 73 114 272
Izan 71 63 75 209
Mashi 123 89 133 345
Paan 93 109 120 322


Tahniah kepada semua. jangan putus asa dan teruskan berjuang. untuk berikutnya akan diadakan selepas raya dan Mashi adalah tuan rumah kepada putrajaya.