Seperti yang semua sedia maklum, Infinite Adventure akan menganjurkan aktiviti hiking gunung Nuang pada 11&12 February 2012. aktiviti ini sudah pastinya melibatkan perkhemahan. Jesteru IA akan berkongsi serba sedikit tentang persediaan sebelum mengikuti aktiviti perkehemahan.
Panduan ini masih juga boleh digunapakai seandainya aktiviti perkhemahan anda iru hanya dibuat di backyard rumah atau hanya di padang sekolah. Hehehe. Ala macam zaman sekolah rendah dulu. Kann. Buat-buat tak ingat pulak.
Persediaan adalah melibatkan dua aspek. Persediaan diri dan persediaan peralatan
PERSEDIAAN DIRI:
- Diri anda mestilah berada dalam keadaan sihat walafiat
- Anda telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk cabaran-cabaran yang bakal mendatang
- Peringatan!!! Jangan menyertai sesuatu aktiviti perkhemahan seandainya anda mengetahui keadaan diri anda kurang sihat pada waktu itu
Pernah ada satu kisah dimana tiga sahabat keluar hiking di gunung Tahan yang memakan masa 6 hari perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan salah seorang dari mereka mengalami cirit birit dan sedikit demam. Namun mereka mengendahkan keadaan tersebut dan meneruskan perjalanan. Di takdir Allah, pada hari ke tiga kawan yang cirit birit tu meniggal dunia di dalam hutan.
Mereka membuat keputusan, salah seorang keluar mendapat bantuan bermakna akan berjalan kaki selama tiga hari lagi. Seorang lagi menunggu jenazah kawanya yang di letakan dalam sleeping bag dan diikat pada dahan pokok untuk elakan di makan haiwan liar.
Cerita ini bukanlah untuk menakutkan anda. Sekadar berkongsi untuk memberi peringatan pentingnya tahap kesihatan semasa melakukan aktiviti seperti ini.
PERSEDIAAN PERALATAN
Peralatan juga sangat penting untuk anda ketahui. Sekurang-kurangnya anda mempunyai peralatan asas untuk aktiviti seperti ini. Antaranya ialah.
- Khemah. Anda boleh pilih khemah jenis dome seperti ini,ataujenis ini. Dan.....jangan sesekali pilih yang ini untuk camping ok.
- Sleeping Bag
Sleeping bag sangat penting sebagai alas untuk anda tidur dan merangkap sebagai selimut. Walaupun hakikatnya tidur dalam khemah ni panas tapi ada certain keadaan boleh jadi sangat sejuk. Ada banyak jenis sleeping bag di pasaran dari berharga RM 19.00 sehinggalah yang berharga RM 150 atau lebih. Jadi pilihlah yang mengikut kemampuan dan kehendak hati anda.
Sleeping bag jenis ini ada Zip di sekelilingnya.
Boleh dibuka untuk dijadikan hamparan. Saya ada dua jenis yang ini.
Yang macam ni maybe mahal sikit lar. Pernah cari
tapi belum dapat-dapat lagi/ kalau ada sesapa tahu yang jenis ini boleh lar
hubungi saya yer.
Yang macam ni pun ada. Hehe cute jer. Untuk Is
Power sesuai kot.
3. Lighting
Untuk lighting anda boleh gunakan torch
light. Head light atau pelita.
lebih
baik kalau pilih yang warna putih. Saya ada beli satu yang macam ni kat
Uptown. RM 12 jer.
4. Peralatan memasak
Peralatan memasak ni juga penting. Ye lar manusia
perlu makan ok. At least ada peralatan yang simple.
5. Bekas Air
Air juga perkara yang perlu diberi
perhatian. Dehydration boleh menyebabkan anda jadi lemah dan mungkin boleh
membawa maut. Jadi pastikan anda membawa bekalan air secukupnya.
6. Makanan Secukupnya
Pilih dan bawa makanan yang memberi tenaga,
dan mudah dinikmati. Tak payah lar bawak rice cooker pulak. Yang penting semua makanan adalah selamat
dimakan. Bagi yang muslim pastikan makanan anda alah halal. Biasanya kalau saya
pergi camping saya bawak biskut tiger. Kenapa biskut tiger? Sebab dia bestttt
hehehe. Mee segera a.k.a maggi maybe wajib la kot. Tapi saya jarang makan maggi
ni sebab maggi boleh buat saya jadi mengantuk tahap gabanious ortega.
Biskut Tiger
mee segera. Nyum-nyum
7. Pakaian Yang Mencukupi
Pakaian yang mencukupi dan
sesuai. Jangan pakai night dress didalam hutan. Nanti anda akan jadi nightmare
untuk orang-orang lain.
8. Back pack
Back pag digunakan untuk mengisi semua keperluan anda. Pilihlah back
pack yang selesa di galas dan memadai saiznya dengan keperluan anda.
cantik
bag ni. Mana mau cari…
9. First Aid
Yang ni pun
penting jugak. At least dalam satu group tu ada yang
concern nak bawak benda ni. Travel pack pun banyak ada jual kat farmasi. Bukan
apa kecederaan dan malang
adalah tidak berbau. Kalau yang berbau itu sebenarnya kentut. Hahaha
Dulu
ada yang macam ni tapi mak aku dah ambik tak pulangkan. Dapat masa pi training
safety.
sangat teruk
ReplyDeletemcm hampeh
ReplyDelete*-*
ReplyDeleteBagus. Bermanfaat.tq😃😃
ReplyDelete