Saturday, 31 December 2011

Ekspidisi Gunung Nuang

          
          Setelah berhenpas pulas mengharungi jam yang teruk di faderal highway akhirnya sampai jugak di D’Arab Cafe lewat 18 minit. Puak-puak Jin Sejuta Alam , Pak Dogol (baca sebagai Is) dan Wak Yoh (Baca sebagai kerol) buat muka blur dengan kedut seribu. Nasib baiklah masa tu editor dengan tasbih di tangan melemparkan senyuman zikir bagi menenangkan keadaan dua puak2 jin sejuta Alam ni. Errr tapi macam kurang Korum jer. Oooo rupanya sorang lagi puak sejuta alam Eteng (baca sebagai Lutfi) tak sampai lagi. Kami semua bertepuk tamper sambil kerol buat Chicken Dance sambil menunggu ketibaan big brother Nuar.


          ‘Tuut tuut tuut ‘ tiba-tiba henset editor berdering. Suasana hening. Pelayan D’Arab Café pun seakan terpaku. Ada keanihan disitu. Terasa kedinginan mula menjalar. Kedenganran suara halus di talipon. Semua mata menercap ke arah editor. Errr rupanya big brother nuar tersalah restoran daaaa. Buat suspend jer. Keadaan pulih seperti sedia kala. Kerol menyambung chicken dance beliau.


          Lima minit berlalu abang nuar sampai dengan baju ala Rambo, kain ikat kepala, perghh heheh semua tu tipu. Dengan semangat abang nuar ambil tempat di sebelah Is. Gedegang!!!!! Abang nuar menghempas sebuah peta usang dengan habuk bertaburan. Kerol pun pengsan, errr itu semua tipu. Dengan semangat abang nuar menunjukan lakaran gunung nuang . dan kemudian dengan gaya panglima perang.



Dari parking ke Kem lolo biasa jer. Kem Lolo ke puncak Tipu ramai mati, ada yang patah rusuk dan ada sesat sampai Janda Baik



          Satu ucap tama menarik dari abang nuar. Is power mula menggelijat dengan peluh dingin. Berdebar kata dia. Sambil tangan terlekap didada. Si kerol pula dek kerana terkejut terus menukar rentak chicken dance kepada mak yong. Dan macam biasa editor menenangkan keadaan.

          Tengah duk berbincang tu sekali lagi keadaan berubah menjadi sangat dingin. Angina sedari tadi bertiup lembut mula bertukar ganaz. Cicak di D’Arab Café berdicit lari bersama aweknya. Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh dengan gaya tersendiri. Perlahan sekali perjalanannya disebalik kabus. Semua disitu menatap terus ke susuk tersebut dengan debaran. Sambil editor teruskan zikir. Laaa Lutfi rupanya. Banyak betul iklan. Dan abang nuar meneruskan taklimat dan hasil meeting tersebut maka keputusan dibuat seperti di bawah:

Tarikh Ekspidisi:  4 dan 5 Februari 2012. (Sabtu dan Ahad)
Maksimum peserta : 20 orang.
Concept : Camping

Bersambung .....................


- itu meja Editor..sebelummm...haha


3 comments:

  1. Tekejutt...makk ...aihh..."sambil tangan di dada mata ke atas"...

    k3rol..

    ReplyDelete
  2. bila la entry pasal result bowling nk kluar nie hehehe...x sabar2 nk tgk result tu hehehehe

    ReplyDelete
  3. konpem ker..?? kena bwk khemah..abg zul x bg emma nek..dia soh tggl kt lolo..x patut

    ReplyDelete