Thursday, 29 December 2011

Percutian Pulau Redang


Pasti ingatan anda masih segar dengan percutian konvoi kita ke pulau perhentian Oktober yang lalu. Banyak kenangan masam manis telah diukir bersama. Sekali lagi Infinite Adventure menganjur percutian konvoi untuk 2012. Kali ini kita akan menuju ke Pulau Redang.

Gambar kat atas tu ialah pemandangan kat pulau Redang. Korang tak terasa teruja ker. Lautnya biru, ada pokok kelapa, pasir putih kira cukup pakej lar. Ajak mai kawan ramai-ramai pakat join konvoi kita. Kalau yang lepas 5 biji kereta kali ni kasi panjang sikit lagi. Baru cara beb.

Konvoi kali ini di jangka akan di adakan pada 15,16 & 17 (tertakluk kepada perubahan). Macam biasa konvoi guna kereta sendiri. Satu kereta maksimum pun sampai 5 orang jer. Kalau yang join single runner kita akan matchkan dengan group2 yang tak cukup orang. Yang penting kita happy.

Kita gunakan konsep pembayaran ansuran mudah. Jadi semua peserta dikehendaki membayar RM 50 setiap bulan bermula january. Peringatan duit tidak akan di pulangkan sekiranya ada peserta yang menarik diri. Maklumat lanjut akan di bawa dari masa ke semasa. Nantikan berita selanjutnya.

- dari Meja Editor -


3 comments:

  1. start bulan depan, sy akan cuba mulakan bayaran :-)

    ReplyDelete
  2. En Infite..nper entry REdang x duduk bawah category Event..?, nk mula bayar nih (smbl tgk wallet kempis...) huk3

    ReplyDelete