Wednesday, 28 December 2011

Selamat Tahun Baru

Tinggal empat hari lagi kita semua akan menyambut tahun baru masihi 2012. Ini bermakna usia kita menokok lagi setahun.


Seperti yang kita semua sedia maklum, tahun 2012 adalah antara tahun yang diramalkan dengan perlbagai ramalan kontoversi.


Dan yang paling besar ialah dunia diramalkan berakhir pada tahun ini berdasarkan perkiraan kalander bangsa Maya.


Kebenaranya hanya Allah yang tahu. Sebagai seorang Muslim dan InsyaAllah Mukmin kita semua harus mempersiapkan diri


Kita pada setiap hari dan detik untuk bersedia dengan satu hari yang dinamakan Kiamat.


Ehem-ehem tukat tune sikit kepada mood yang lebih ceria. Well pada kebiasaanya pada tahun baru semua orang akan memasang


Azam. cehh macam-macam azam ada. Ada yang azam nak kawen, ada yang azam nak beli rumah ada azam nak beli kereta dan


Ada jugak azam nak kuruskan badan atau naikkan berat badan. Apa-apa pun selamat berjaya. Jangan putus asa untuk sentiasa berazam.


Infinite Adventure juga mempunyai impian dan harapan yang tersendiri. Antaranya ialah menyajikan aktiviti yang lebih baik dari masa ke semasa


Kepada semua ahli2 dan bakal2 ahli. We are the family. Untuk 2012 ini ada pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan antaranya ialah mendaki gunung nuang.


Diharap semua ahli dapat menyertai kesemua aktiviti ini. Infinite Adventure mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Tanpa anda siapalah Infinite Adventure. Berikan tepukan gemuruh jiwa dan sorakan ombak kepada diri sendiri. Hehehe


So untuk itu Infinite Adventure mengucapkan selamat TAHUN BARU kepada semua warga Infinite Adventure dan juga kepada semua rakyat Malaysia


Dari Meja Editor

No comments:

Post a Comment