Sunday, 1 January 2012

Persiapan untuk mendaki Gunung Nuang

Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi. Kita akan melangkah ke tahun 2012 yang diharapkan akan membawa Infinite Adventure ke satu tahap yang lebih tinggi. Seperti yang telah diperdebatkan sebelum ini, Infinite Adventure akan mengadakan pendakian ke Gunung Nuang pada bulan Februari 2012 nanti. Namun, untuk menjayakannya, kita perlu bersiap sedia terlebih dulu, jika mahu ia berjalan lancar hingga ke akhir. So aku akan memberikan tip-tip serba sedikit yang perlu kita patuhi untuk aktiviti pendakian itu nanti.  
Kita perlu berhati-hati kerana semasa dalam perjalanan, kemungkinan pendaki terdedah kepada bahaya. 
  1. Mematuhi prinsip kemampuan diri sendiri. Ketika mendaki Gunung Nuang, kita perlu merasakan diri mampu melaksanakannya berdasarkan ketinggian dan kelajuan pendakian. 
·         Faktor ini penting kerana pendakian ke Gunung Nuang adalah sesuatu yang berbeza daripada pendakian-pendakian yang telah kita lakuakan sebelum ini seperti di Broga or Gunung Dato. Gunung Nuang begitu mencabar dan mengikut maklumat yang telah diberikan oleh Bro Nuar, sekiranya seseorang pendaki itu tidak cergas/fit, mereka akan mengalami kesukaran semasa pendakian dan terdapat kes dimana pendaki terpaksa meminta bantuan helikopter penyelamat untuk membawa turunnya kerana pendaki mengalami dehydration. So please make sure semua pendaki-pendaki cukup stamina & cergas. 

"Kalau yang macam ni la yang kene dehydration aku sanggup tolong hehehe"


            2.    Memilih jalan yang lebih mudah untuk mendaki, dengan mengelakkan memilih jalan yang berbahaya dan curam.
·         Perkara ini sangat perlu dipatuhi kerana peratus untuk sesat dan berlaku kemalangan adalah tinggi sekiranya seseorang pendaki itu tidak mematuhi arahan ketua. Sekiranya tersesat, seseorang pendaki itu boleh sampai hingga ke Janda Baik atau kalau tidak bernasib baik akan menemui ajal. Kerana menurut Bro Nuar kes-kes sesat dan kemalangan jiwa pernah terjadi.
"Kalau sesat beramai-ramai takpe lagi, tapi kalau sesat sorang-sorang tu macam mana."
             3.    Ketika berehat, jangan duduk di tanah yang basah dan tempat yang anginnya bertiup kuat. 
           
"Tapi kalau kat batu yang basah dengan awek ni xpe hahaha"


             4.    Jangan berjalan cepat atau berlari ketika menuruni gunung.

·         Perkara ini terjadi mungkin para pendaki akan memikirkan sekiranya berjalan cepat atau berlari akan membuatkan mereka lebih cepat sampai dibawah, tetapi sebenarnya perbuatan tersebuat akan lebih banyak mendatangkan bahaya seperti terjatuh, tergelincir dan sebagainya. Tidak perlu terburu-buru untuk cepat sampai dibawah “Biar Lambat Asal Selamat”. Yang penting adalah keselamatan.

"Turun slow-slow macam adik-adik nie"


             5.  Jangan mendaki pada ketika cuaca buruk dan berkabut.

·         Sebelum kita memulakan pendakian ke Gunung Nuang, kita akan meminta nasihat dari Bro Nuar samada boleh mendaki ataupun tidak.
"Kene pakai spek mata or google yang ade wiper baru boleh nampak huhuu"

Pesan Bro Nuar yang terakhir adalah, semua pendaki perlu "MENGHORMATI" Gunung Nuang.

Diharapkan info-info yang aku kongsikan ini dapat la menambahkan pengetahuan kita semua.

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua warga Infinite Adventure. Peace


-Is PoWeR-

8 comments:

  1. encik mediator tak inform pun etika pakaiannyer mcm mana. kena la inform takut nanti kia terbeli yang jenis selit kan susah. melelas.

    ReplyDelete
  2. owhhhh.... kome... bpe aribulan eh??? cam ade game la time tuuu...

    ReplyDelete
  3. 4hb & 5hb february cik mila hehehe...diharapkan cik mila dpt la join skali sbb kalau cik mila xjoin maka tiadalah kemeriahan akan dapat kami rasakan hehehehe....

    ReplyDelete
  4. xper rr mila ko jer yg g..hu3 terkecik ati aku...aku tggu kt lolo jer :P

    ReplyDelete
  5. hahahaha.... tuan admin is power... emmas cahayer dh majuk tuhhh... pi pujukkkk!!!!!

    ReplyDelete
  6. sy xdpt nk pujuk cik emmas cahayer....hny sorang jer yg boleh pujuk emmas cahayer tu, dia adalah En. Gabanzzzzzz....heheheheh....kalau cik emmas cahayer n cik mila x join maka kurang la keceriaan kami semua nnt :-(

    ReplyDelete
  7. hahahaha.... InsyaAllah.... aku ok jer... kalo x clash ngan game aku.... cume emmas je laaaa.... paksa dia g gaksss... hehehe

    ReplyDelete