Thursday, 26 January 2012

DOUBLE PROSPERITIES

Hampir seminggu Infinite Blog sepi tanpa entry-entry baru. Well cuti panjang Tahun Baru Cina. Wartawan-wartawan Infinite Adventure termasuklah ketua editornya pun masih dalam mood cuti. One thing yang aku cukup suka dengan Malaysia, cuti Am yang banyak. Kepada member-member Infinite Adventure kami mengucapkan “Gong Xi Fa Chai”. Maybe semua orang sedar tahun baru kali ini ialah tahun Naga air.


Masyarakat cina percaya tahun Naga air akan memberi unsure-unsur positif yang tinggi. Tapi dalam elemen Feng Shui mereka mengatakan pada tahun ini juga kan banyak berlaku pergeseran energi. Kira yin & Yang lar senang critanya. Bagi kita yang berakidah Islamiah adalah berdosa bagi kita dengan mengaitkan kehidupan kita dengan benda-benda macam ni. Tapi ianya bergantung kepada sejauh mana iktikad anda kepada perkara berikut, maknanya kalau dah sampai percaya betol-betol itu dah membawa kepada rosak atau terbatalnya iman.



Apa yang perlu kita yakini ialah setiap yang berlaku samada kebaikan mahupun mudarat adalah berlaku dengan izin Allah jua. Sesungguhnya manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah jualah sebaik-baik perancangan. Walau macam mana pun aku berharap Infinite Adventure mampu mengorak langkah lebih cemerlang pada tahun ini dan hari-hari mendatang dan mencapai matlamatnya.



Untuk permulaan setelah bercuti panjang ni just nak ingatkan member-member tentang aktiviti kita. Pada Februari 2012 kita ada dua aktiviti penting Ekspidisi Nuang pada 11&12 manakala bowling tournament pada 19 February. Di harap semua Infinite Adventure dapat meluangkan masa masing-masing bagi menjayakan aktiviti ini.



Sekian dulu.


2 comments:

  1. YB IA leh x..wat 1 link utk ahli2 bg cadangan on next xtvt..leh x?

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    ReplyDelete
  2. jika ada infinite members yang berminat memberi cadangan sila emailkan kepada saya dan saya akan poskan disini sebagai iklan

    ReplyDelete