Tajuk kat atas tu akan menjadi entry 1st aku untuk Infinite Adventure nie. Seperti yang telah diberitahu oleh tuan admin blog ini siapa pemenang "Kejohanan Bowling Ahli-Ahli Kongsi Gelap Seluruh Jajahan Takluk Indera Dewa Dewa Indera". Tapi review yang tuan admin buat terlalu ringkas, so aku akan cuba untuk memanjangkan review tersebut hehehehe....
Aktiviti semalam bersamaan 29.12.2012 pada pukul 6.45pm bermula dengan perbincangan untuk aktiviti ke Gunung Nuang bersama Bro Nuar yang sudah 18kali naik ke gunung tersebut sampai pernah patah tulang rusuk tu bai. So aku rasa Bro Nuar dah cukup terer kot dengan Gunung Nuang nie. Perbincangan itu berlangsung di D'Arab Cafe atau sebutan yang selalu Tuan Admin sebut adalah "D'Arab Kapir" hahahaa. Selepas selesai perbincangan tersebut, Bro Nuar pun minta diri untuk beredar sebab dia cakap ade urusan kat KL pulak.
Selepas tu aktiviti yang paling diananti-nantikan oleh semua adalah sesi makan-makan hahahhahaha. Seperti biase En. Amir akan mengetuai jemaah untuk mengOrder makanan tersebut sebab dia cakap dia penah duduk kat Jordan tu 16tahun. Al-maklum la kedai arab so makanan pun mesti la nama pun arab so sebutan pun kena la macam arab sebab kalau sebutan tidak macam arab nanti makanan yanag dihidangkan itu akan jadi tak sedap, Amir kata macam tu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLSRiAusB_y0owEmgPpv2V1-KSjxcmjsTpJtTs-4SEzE07diUcOyo-TnzD1JllNrSwDb0OhXBLdIg6ieoBu2Jc36M8eHms2cqkysOLFgJYxGV6hCAuSzX0NXVpuCkG2_IueO0u0vvTU7Q/s320/DSC_0060.jpg) |
"Khairul & Lutfi berposing ala-ala model dihadapan hidangan nasi arab" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz2rVFheW2eHixB8ZVUWJv3CcwRqKyR0viwQeW62zLD9Ral1OBJfb6HMWXWwVzZ9dwrgDhx98pGX77m_ZZ-Kb37XoBRfHaas5JdtqfALYzMTjMLjNlZdLFngFt3Dy2f-P-MOvlUSyKiUo/s320/DSC_0055.jpg) |
"Amir bersama penulis sedang menjamu selera dengan hidangan nasi arab" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkZATvDBWbKBX0nRYWeRhhc2MF9gFgHWM-2ZI0eqeODqEWO4Z6ZSg3iPUAdiWC6OvX_dquU0pUdnij7FMJnjmZcOW1fUUVcjb-MeN_xFdBE4NC3QbmhwEE5IZqS07e5SBf5I8_PYdrq1A/s320/DSC_0056.jpg) |
"Kenapa la si Lutfi ni ambil gambar masa aku dengan Khairul tak ready lagi nie, nie macam nak sabotaj jer sebab Lutfi termakan popiah inti kambing hehehe" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIUmotifsxsvVu3VQIX3sfChekYkh6Fccap8iHLGPQrW7yflQWd-NVDwuoCBa12DG_ONO42uQbhZud-cuDbf-SYTIgCVaxztQg2K9QTr-2qP5jNaJHlgI0hctAqNf9b6h12WW0yj_viTA/s320/DSC_0058.jpg) |
"Sungguh sopan aku makan hehehe" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbtBX-iX_Lzr3kMwy_XSWoUFJH3v97TscoVhvytHQkyhegI3sBda-hh0j1toRMps0yyWhEwJ-SeTofG-Dx8eUb0uYbn67aB7UssattLr_7z9dVUNSYTzzSOxm7tv2vlS0b5rEHDvtNx_k/s320/DSC_0059.jpg) |
"Dah masuk 3 pinggan aku makan tapi kenapa la tak kenyang-kenyang jugak ni, ni mesti ade ganguan misteri nie. (Amir berkata-kata didalam hati)" |
Setelah selesai sesi makan-makan, semua ahli mesyuarat Kongsi Gelap bergerak ke gelanggang bowling yang terletak di Kompleks Ole-Ole Shah Alam di seksyen 18. Sebelum pertandingan bowling bermula seperti biasa Amir akan melemparkan kata-kata bongkak. Aku, Khairul dan Lutfi still cool sebab dah paham sangat dengan keletah Amir nie. Pada game pertama Lutfi telah berjaya memenangi dengan mudah meninggalkan Amir ditempat ke-3. Dan seperti yang telah dijangkakan bahawa Lutfi hanya dapat bertahan untuk game pertama sahaja kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh Amir yang membuat tarian chiken dance versi sepupu mila.
Tanpa berlengah lagi aku terus mengambil kesempatan diatas kesulitan yang dihadapi oleh Lutfi untuk aku memenangi game ke-2 dengan jarak mata yang agak jauh heheheh. Khairul juga menunjukkan peningkatan pada game yang ke-2 tetapi balingannya banyak tersasar digangu oleh "belaan" Amir.
Untuk game ke-3 aku sekali lagi berjaya memenangi game tersebut dengan jarak mata yang agak jauh sekali lagi. Amir seperti biasa akan menyalahkan lane yang tidak rata hahahaha.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXcBPkn4EBOoSVIVnS-HzaEdsyzbgVyZWzdbOt-41P1RHo2A9piajy17VD6R9UgCnAK6JoVJIZ9c2UzmI6VquEnjWbgCWtLjYhTKr8wvEJc9CbNnPbNk1EpN6kZ5oy47m6BxXeczIHto4/s320/DSC_0061.jpg) |
"Gaya balingan seorang juara longkang" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiggXtl0I2VOuHIuYiGYkPZS7ibJIrvMINK_xdC0rhP5GaVO-RK7yrP2p2QIx-MUpfbgYgciLi6vKRkZm7CNhMD1O_mTRKUI7iFmyT-5LPiiDqITKxaA1-EFUrzuWUa1VcNhQ8eFuCQq78/s320/DSC_0062.jpg) |
"Langkah bergaya seorang juara" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfM8-whxGIhDQ3WL6vqLOZHzPubU_Tqo3zoxkLwe26rZiUlcvGtW1WenGpjWPRAYFcUp8IsuOzwwPB6LatUhhyCaVC2PDCE9cC1Q2EIwOEzR2y52Ez8Q1A4ONkXMAhaBjugkvuLKrZ_yA/s320/DSC_0065.jpg) |
"Bukti kejuaraan hahahaha" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguaLfWI6gErxg0qjuN09QdYEWmbJoSH-1kUlj0Ku8V921_yGJP7xn1GO1alkex45au_owbHV6lAMDSJwDie6icfBCB02peeYW1JrvZcU5UC9O8_8OHBuLCXgAsNIzpFWwRvi-rht2cVGU/s320/DSC_0066.jpg) |
"Terserlah sekarang siapa juara pertama" |
So kepada semua diharapkan kita dapat mengadakan kejohanan bowling ini untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim.
-Is PoWeR-